Hari ke-7, hari ini kami bangun tidur dengan diselubungi hujan lebat dipagi hari. Hujan membawa berkat, orang tu-tua berbicara. Dimana hujan ini dikira membawa rahmat kerana hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha. Orang kampung berpusu-pusu ke masjid dan surau untuk menunaikan solat fardhu subuh dan kemudiannya solat sunat hari raya. Pada hari ini, tiada sebarang aktiviti berat untuk dilakukan. Hanya untuk kerumah rakan taulan disekitar kampung ini.
Usai rumah yang pertama, kami bertolak ke rumah Abe Ya untuk menziarahi rumah beliau. Dirumah beliau, beliau menceritakan pengalaman beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 2002 untuk menonton petandingan bola sepak antarabangsa MalaysiavsThailand di stadium shah alam. Beliau juga memberi sedikit nasihat kepada kami semua agar sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu dan tidak mengharapkan balasan. Contohnya seperti sedekah, memberikan makan kepada orang lain, memberikan wang kepada yang memerlukan.
Semasa kami hendak bertolak pulang, Pokso Daree menahan kami untuk menyuruh kami singgah ke rumah beliau. Kami dijemput serta-merta ke rumah yang ke-3 tanpa melengahkan masa. Disini kami dihidangkan juadah yang sama seperti rumah-rumah yang lain. Tapi yang istimewanya, rumah ini menghidangkan lepat pisang yang disaluti pulut. Rupanya seperti buras atau burasak yang terkenal di Sabah sebagai juadah hari raya, cumanya lepat pisang disini tiada inti kelapa. Namun rasanya tetap sedap! Kemudian kami pulang ke rumah untuk solat zohor dan beristirehat sebelum memulakan aktiviti lain disebelah petang.
Petang ini, anak bujang Abe Mat akan membawa kami pusing kampung melawat kawasan. Kami diiringi oleh anaknya dan serta rakan-rakan yang lain. Ada yang menaiki van ambulan dan ada yang menaiki motosikal. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam setengah ke dua jam untuk mengelilingi kampung Nad Tanjung. Kawasan kampung seberang lebih luas berbanding dengan kawasan yang kami diami. Kawasan kampung sebelah tidak lah jauh seperti yang disangka. Hanya dipisahkan oleh jalan raya utama pada belah hadapan kampung. Kampung sebelah ternyata lebih banyak rumah dan lebih jauh kedalam pedalaman. Kawasannya kurang lampu jadi apabila malam, kawasan itu akan menjadi gelap serta merta dengan mengharapkan terangnya cahaya bulan sahaja.
Pada belah malam kami lagi sekali dijemput oleh Abe Mat untuk makan malam dirumah Tok nya yang terletak dibahagian dalam sedikit dari Homestay kami. Usai solat isyak kami bergerak ke rumah Tok Abe Mat. Juadah yang dihidang agak berlainan dengan juadah pada siang tadi. Juadah yang disediakan adalah sup daging qurban, gula daging qurban bersama kulit lembu, sambal belacan dan timun segar. Tuan Rumah begitu ramah, Tok menyuruh kami tambah makanan dan lauk yang disediakan tak putus-putus ditambah. Apa pun kami berterima kasih kepada Tok dan Abe Mat kerana menjemput kami ke rumah untuk makan malam bersama. Sekian.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.

Post a Comment