Melangkah dengan pantas menuju Surau Ahol untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Adha. Orang tempatan menyebut surau sebagai madrasah. Binaannya menggunakan pasak bagi menggantikan paku besi. Seawal jam 7 pagi, orang kampung dah mula berkumpul dan bertakbir. Saf memenuhi ruang solat bahagian lelaki dan perempuan. Tikar dibentang diluar surau untuk menampung jemaah yang ramai.

Cara menunaikan Solat Sunat Aidil Adha, dimulakan dengan ‘takbiratul ihram’ serta niat “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Aidil Adha menjadi makmum kerana Allah Ta’ala”. Membaca doa ‘iftitah’. Kemudian takbir 7 kali diselang dengan ‘tasbih, tasmid, tahlil dan takbir’. Kemudian imam akan membaca surah al-Fatihah dan surah yang lain. Pada raka’at kedua, hanya 5 kali takbir dan diselang dengan ‘tasbih, tasmid, tahlil dan takbir’. Solat diakhiri dengan salam. “Tidak boleh makmum tewaskan imam”, pesan imam kepada jemaah. Mendengar khutbah adalah syarat sah. Aku bersalam dengan orang kampung yang mukanya seperti orang melayu di Malaysia. Aku merasakan seperti berada di kampung halaman di Malaysia.

Aku dan teman-teman pergi menziarahi ke rumah Abe Ya (Abang Zakaria). Kawasan rumah Abe Ya sangat dekat dengan Sungai Nad Tanjung. Keluar pintu belakang, dah boleh terjun ke sungai. Beliau menceritakan pengalamannya semasa mengembara ke Malaysia untuk tengok sukan SEA pada tahun 2002. Perasaan risau menyelubungi, bagaimana nak berbicara dengan orang tempatan, cakap bahasa Kelantan. Majoriti orang Pattani berbahasa Kelantan.

Abe Ya menceritakan pengalamannya sewaktu menunaikan umrah, tercicir barangnya. Dia berdoa untuk temukan barangnya, dan terus bertawaf. Akhirnya barang yang hilang ditemukan tempat dia berhenti tawaf. Ini menunjukkan apabila aku ikhlas kepada Allah, Allah akan bantu dalam apa jua keadaan. Teringin aku pergi Mekah untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.


Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post