Kami memulakan hari kedua di
Nad Tanjung dengan solat subuh seawal pukul 5.30 pagi. Bagi yang
perempuan kami solat di rumah sahaja manakala
kaum lelaki solat di Masjid. Pada pukul 6.30 pagi kami berjalan kaki menuju ke
pasar pagi di kampung Nad Tanjung untuk membeli sarapan pagi. Pelbagai makanan
yang dijual di pasar yang menarik perhatian kami. Kami membeli pulut manis dan
beberapa kuih-muih.
Selesai makan, Fikry, Ahmad dan Sha
keluar ke kedai adik Tok Penghulu untuk membeli barangan dapur atu barangan
ruji untuk diberikan kepada keluarga asnaf. Barangan ruji ini merupakan
barangan keperluan asas untuk sesebuah keluarga seperti gula, minyak, beras dan
lain-lain. Ia akan dipek di dalam plastik dan diberikan kepada 40 buah keluarga
yang memerlukan. Anggaran untuk setiap keluarga adalah sebanyak 400baht.
Matahari semakin terik, kami menyambut
ketibaan dua orang rakan misi yang tidak dapat mengikuti perjalanan kami
semalam iaitu Amin dan Hana. Ketibaan mereka melengkapkan kumpulan misi kami
seramai 8 orang. Sesudah mereka berehat dan kami menunaikan solat zohor, kami
memulakan operasi membungkus barang dapur untuk diagihkan kepada asnaf. Pada
waktu petang, kami keluar kecuali Fikry dan Ahmad dibawa bersiar-siar kawasan
sekitar kampung Nad Tanjung oleh Abe Ya. Kami dibawa ke sungai dan ke rumahnya.
Banyak yang kami peroleh semasa lawatan ini berkenaan kawasan-kawasan di Nad
Tanjung dari Abe Ya. Fikry dan Ahmad pula keluar pergi mecari anak pokok
bersama Poksu dan Abe Mat.
Selepas maghrib kami memulakan kelas
pertama kami bersama anak-anak kampong Nad Tanjung. Seramai 23 orang kanak-kanak
yang menyertai kelas hari pertama. Kami mengajar mereka bahsa inggeris dan
pelbagai ragam yang ditemui semasa mengajar mereka. Seusai mengajar
kanak-kanak, kami dijemput untuk makan malam di rumah Tok Penghulu iaitu Encik
Kamaruddin. Kami dihidangkan dengan berdulang dulang ‘lokey’. Lokey ini kalau di
Malaysia dipanggil sebagai lokan dan sangat susah untuk ditemui. Alhamdulillah
kami dapat merasa loeky di Patani.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment