Pagi itu kami dikejutkan oleh seorang sahabat Kami,Ahmad Hydhar ataupun dikenali sebagai Ahmad untuk bangun dan menunaikan solat subuh pada pukul 5.30 am. Setelah kesemua ahli telah menunaikan solat dan mempersiapkan diri, kami keluar secara berkumpulan untuk membeli sarapan bersama-sama. Kami melewati kawasan bersebelahan dengan jalan raya, disana terdapat deretan rumah kecik berwarna kuning ataupun deretan kedai kuning Yang menjual pelbagai sarapan dengan harga yang amat berpatutan. Untuk sarapan,Kami memilih untuk membeli beberapa biji kuih yang diberi nama sebagai Saktah,iaitu sejenis pulut manis yang dibungkus daun pandan dan dibakar seperti lemang.
Sesudahnya Kami makan, ketua ahli kami iaitu saudara Fikry dan Salah seorang ahli juga iaitu,Hydhar keluar ke kedai Tok Penghulu untuk membeli barangan ruji untik ahli keluarga yang sangat memerlukan. Pada sebelah petang, Kami bersiap sedia membungkus barangan sumbangan yang telah sampai.
Bungkusan barangan sumbangan tersebut mempunyai lebih kurang 40 ahli keluarga. sebungkus barangan sumbangan tersebut, bersama-sama dengan 1 kampit beras,2 tepung gandum,1 kampit gula pasir,1 kampit minyak,1 botol kicap,1 bungkus mihoon,2 batang berus gigi,1 ubat gigi, dan juga 4 buku Sabun Lux.
Selain dari sumbangan makanan, Kami juga membantu memberi sumbangan Dari segi pendidikan. Pada malam tersebut, Kami mengadakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bersama-sama dengan kanak-kanak penduduk kampung Nad Tanjung. Kelas Bahasa Inggeris bermula selepas maghrib aehingga pukul 8.30 malam.
Pada malam tersebut juga sekitar jam 9 Malam,Kami dijemput oleh Tok Penghulu dan AJK Nad Tanjung ke anjung rumah beliau untuk makan sejenis makanan laut, iaitu lokan bakar.
Pada malam itu,aktiviti Kami diakhiri dengan perbincangan kecil diantara ahli kami selepas Kami pulang dari rumah tok Penghulu.
Post a Comment