Jangan pernah takut
Jika hari ini ,
air mata yang menemani hari kita,
kesedihan yang melanda
bukanlah penghujunnya.

Kerana mungkin semua ini sebahagian dari cara Tuhan untuk kita,
Untuk membentuk peribadi kita,
Untuk jadi orang yang kuat di saat diuji.

Hidup itu misteri,
Terkadang apa yang kita inginkan tidak sesuai dengan harapan.
Namun usah kenal putus asa, tetapi kenal lah erti usaha

Mungkin hari ini kita masih tertawa,
Dengan sekejap Tuhan memberikan kita air mata,
Hadapi semuanya,
Buang semua rasa takut kita terhadap dunia,

Dan kita akan buktikan kepada dunia kita lah pemenang nya,
Yakinlah air mata yang keluar di hari ini esok akan menjadi permata

-kila-
15 Ogos 2019
4.35 pm
Princess Narathiwat University

Post a Comment

Previous Post Next Post