Puas sudah berehat malam tadi, kami memulakan hari kedua kami di PNU dengan solat subuh, membaca al-mathurat dan kulsam. Kami bersarapan nasi goreng yang dibeli malam tadi sambil membincangkan perkara-perkara mengenai misi kami dan pembahagian semuka tugas diberikan.
Agak lama kami menunggu van yang akan membawa kami keluar tiba. Tiba-tiba aku mendapat panggilam daripada Sumayyah. Aku fikirkan van sudah hampir tiba, tetapi Sumayyah memberitahu dia telah membeli sarapan pagi untuk kami. Aku sungguh terharu, tanpa disuruh dan dipesan Sumayyah membelikan kami sarapan. Disebabkan kami sudah pun bersarapan terlebih dahulu, jadi kami menyimpan sarapan yang dibeli sebagai makan tengah hari.
Tidak lama kemudian van yang ditunggu tiba. Kami bergerak ke kolej Narathiwat. Ketibaan kami dijemput oleh Dr Hisham Hj Maning. Dr Hisham merupakan seorang graduan di UM dalam jurusan Islamic Studies. Kami dibawa ke muzium Princess of Narathiwat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Narathiwat. Dr Hisham memberikan banyak penerangan mengenai sejarah-sejarah Narathiwat. Antara sejarah yang menarik perhatian aku ialah ‘Golden Leaves’ atau daun emas. Daun emas ini merupakan daun yang sangat berharga dan tidak mudah untuk didapati. Selain itu, ‘Kolae Boat’ yang merupakan antara simbolik di Narathiwat. Bot ini hanya dijumpai di Narathiwat sahaja.
Cukup mengenai sejarah Narathiwat, kami kemudian dibawa ke tempat lain untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah PNU. Selesai semua penerangan sejarah Narathiwat dan sejarah PNU kami ke masjid PNU untuk solat, makan dan berehat.
Selepas itu, kami dihantar pulang ke penginapan sementara menunggu waktu untuk dibawa keluar ke pantai pada waktu petang. Namun hujan turun menyebabkan kami tidak dapat melakukan aktiviti lain. Oleh itu, kami hanya duduk di penginapan menyiapkan travelog dan menunggu waktu maghrib tiba.
Kami solat berjemaah di surau kolej medical. Selepas maghrib kami dijemput oleh Furqon, Sumayyah, Tasneem dan Areena untuk ke masjid PNU . Lagi sekali, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Sepatutnya selepas maghrib kami mendengar ceramah daripada Prof. Anish namun beliau agak sibuk pada malam ini jadi tiada rezeki kami untuk mendengar ceramah dari beliau. Sementara menunggu masuk waktu isyak, kami sempat berkulsam mengenai topik kerohanian.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment