Terasa diri ini tak mampu bertahan lagi
Menahan rasa dingin
Dari sumber yang tiada penutupnya
Masih aku mencari-cari
Jalan penyelesaian bagi kesulitan yang aku lalui
Tidak pernah aku menggigil
Hanya dek kerana pendingin hawa
Aku hanya mampu bertahankan diri yang lemah ini
Cuba dan terus mencuba
Dalam pelbagai aksi kedudukan
Tidak hairan apa yang jiranku katakan
Malam yang memenatkan
Tidur menjadi penawar segalanya
Terus lupa akan segala kedinginan
Marini
6 Ogos 2019
11.18 malam
Kota Bharu
Post a Comment