Pada permulaan perjalanan kami, bas kami mengalami korasakan pada pintu tempat letak beg dibelah kanan bas. pemandu mungkin lupa untuk tutup, kemudian di tol jalan duta, pintu tersebut tersangkut di penghadang jalan perantaraan. masa diambil hampir 30min untuk menunggu bas ganti untuk meneruskan perjalanan kami.

Kami kira-kira tiba di sempadan pada pukul 6:30 pagi, pagi tadi untuk mendapatkan cop pengesahan keluar dari sempadan Malaysia. Suasana di sempadan agak berbeza dengan sempadan yang lain kerana tiada pemeriksaan beg dan badan dibuat, tidak sama situasi nya ketika di Singapura dan Lapangan Terbang Bangkok. Ini adalah sesuatu yang baru bagi saya.

Sudah nya kami tiba di Hatyai jam 8:30 pagi di tempat menunggu. Kami kemuadiannya menunggu kehadiran wakil dari perkampungan Nad Tanjung untuk mengambil kami untuk ke destinasi seterusnya. dalam kira-kira 9:00 pagi, Abe Mat dan Poksu tiba di tempat kami menunggu dan membawa kami makan pagi di kedai berdekatan sebelum meneruskan lagi perjalanan, kami dibawa untuk membeli kad sim Thai untuk menghubungi orang di Malaysia dan menggunakan internet.




Kira-kira jam 10:30 pagi kami sampai di Prince of Songkla University cawangan Patani untuk melakukan aktiviti tetapi malangnya wakil dari pihak Universiti tiada Univeristi tersebut untuk membawa kami jalan-jalan. Kemudiannya kami membuat keputusan untuk meneruskan lagi perjalanan tanpa membuang masa. Kami menuju ke Tesco Lutos untuk membeli barang-barang yang akan diberikan kepada anak-anak yatim di perkampuangan Nad Tanjung.

Sebelum sampai di Nad Tanjung, kami singgah sebentar di Coco One Beach Cafe untuk beristirehat sebentar dan bergambar kira-kira pada jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kami meneruskan lagi perjalanan ke Nad Tanjung tanpa berhenti menyinggah ke mana-mana lagi sebelum sampai ke rumah tumpangan kami.

Pada belah malam, kami dihadiri oleh penduduk kampung, penghulu serta ajk-ajk rumah anak yatim membincangkan tentang tentitif kami sepanjang kami disini. Kehadiran kami disini disambut dengan baik dan mesra oleh penduduk kampung. Pada mulanya saya ingat penduduk kampung berkomunikasi lebih kepada bahasa Thailand sendiri tetapi saya silap. Kebanyakan penduduk disini masih menggunakan bahasa melayu dan slang kelantan untuk berkomunikasi dan berinteraksi.

gambar bersama ajk dan penghulu kampung

Selesai sudah tirai hari ini, semoga hari-hari esok dan mendatang lebih mudah dan dipermudahkan dengan izin-Nya. Amin yarabb

Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post