Warna-warni
Menghiasi alam kehidupan
Tanpanya suasana ini kusam
Tiada penyeri kehidupan

Pelangi
Hadirnya selepas hujan
Menghalau pergi si awan mendung
Memanggil kembali awan yang cerah

Tujuh warna yang berdamping
Mendampingi sesama sendiri
Tersusun rapi tidak bergolak
Satu identiti yang dikenali ramai

Wujudnya hanya seketika
Si bertuah yang dapat melihatnya
Tiada gambaran yang ia akan wujud semula
Menanti hingga kembali lagi

Nukilan oleh:
Marini
18 Ogos 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post