Pagi yang memenatkan kerana kami hanya duduk di atas kerusi sambil mendengar ucapan daripada Dr. Congrak Palasai, Presiden PNU dan beberapa pertandingan kepada kanak-kanak kecil di tadika PNU itu sendiri. Kami hanya menjadi pemerhati terhadap semua gelagat kanak-kanak di situ. Kami juga sekali sekala bersembang bersama dengan pengiring kami daripada PNU untuk membincangkan hal berkaitan tentatif untuk hari yang seterusnya.

Kami ke Dewan Terbuka untuk melihat Karnival Mingguan Sains. Aku melawat booth yang mempamerkan haiwan eksotik seperti anak ular, pepijat dan tapak sulaiman serta barang perhiasan seperti beg silang dan 'keychain'. Mata aku tertarik dengan satu robot yang yang berdiri tegap menghadap ke arah semua penonton yang lalu-lalang di kawasan itu. Ainee memberitahu bahawa salah seorang daripada mereka merupakan orang Malaysia. Kemudian, satu booth yang mempamerkan satu patung dilabelkan dengan bahagian dalaman manusia organ yang memproses makanan. Aku telah melibatkan diri dalam satu permainan yang menguji otak dengan mengelirukan di antara warna dan tulisan. Aku bermain bersama-sama dengan Syakilla dan Asyikiin. Kami diuji dengan bersaing masa yang paling pantas antara kami untuk menentukan pemenang di antara kami. Namun aku tidak sedar siapa yang menang kerana kami semua peroleh hadiah. Mataku terlihat satu booth yang mempamerkan perkataan kejururawatan namun aku tidak sempat singgah di sana kerana kami dikehendaki untuk pulang segera bagi persediaan untuk waktu petang pula. 

Sekali lagi aku akan melontarkan suara bagi mengajar anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Nida Al-Khair yang diuruskan oleh Ustaz Moslehin dan Dr Jamal. Walaupun ini bukan kali pertama tetapi rasa gugup itu serba sedikit hadir juga. Namun berjaya di atasi daripada kerjasama kami sebagai satu kumpulan, Fikry, Ahmad, Syakilla dan Ameera juga melibatkan diri mereka untuk mengisi masa yang bermakna bersama-sama dengan anak-anak yatim. 


Disediakan oleh :

Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post