Setiap perbincangan mesti berhujah
Mesti bertegas itulah peranannya
Tak tidur siang malam berjaga
Itulah Fikry Bin Abd Hamid nahkoda MIMPI

Orangnya pendiam berselera tinggi
Duduk sama rendah berdiri tak sama tinggi
Mundar mandir ke sana sini
Gerangannya Farhana anak Marzuki

Badannya tegap berkaca mata
Menunggang beca dialah yang handal
Lantang bersuara mengharmonikan suasana
Yakin diri itulah Ahmad Haydar Bin Zabri

Mulut celupar suka berseloroh
Hebat memasak ketika di dapur
Tidaklah dapat kami menyimpan kenangan
Itulah Syaripah Binti Syabidatul Fajar si penangkap gambar

Kurus kering ringan tulang
Murah senyuman hingga ke telinga
Ayat pedas menusuk ke hati
Syakilla Binti Anuar nama diberi

Kadang kedekut berkira-kira
Bila pemurah terlebih belanja
Urusan belanja itu kepakarannya
Ameera Binti Azlin bendahari MIMPI

Kelahiran Labuan nun jauh di sana
Suka bermain dengan anak kecil
Bercakap inggeris tapi terabur
Itulah di Asshikin Binti Abdul Zaid

Selalu mengantuk di malam hari
Terlepas post mortem dua kali
Itulah Amin Shah senior DEV
Selaku Ex-officio MIMPI      


Nukilan oleh Amin Shah
13 Ogos 2019
Kg. Nad Tanjung, Yaring, Pattani, Thailand

Post a Comment

Previous Post Next Post