Sedih, hari yang akan menjadi kenangan terkahir aku di Nad Tanjung, selepas ini aku akan ke Narathiwat. Ucapan selamat tinggal dan terima kasih tidak putus-putus diucapkan untuk kali terakhir di atas segala yang mereka telah berikan kepadaku. Aku segera mengangkat barang-barangku ke dalam van dan berfoto kenang-kenangan buat kali terakhir bersama mereka. Mereka menghantar kami sehingga ke Masjid Tak Bai di Narathiwat kerana kami ada program di sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Apabila tiba di Narathiwat, kami berjumpa dengan pelajar-pelajar di Princess of Narathiwat (PNU). Kami bersama bergotong-royong membersihkan kawasan masjid ini. Setiap daripada kami diberi kumpulan masing-masing serta tugasan khas yang telah ditetapkan. Aku memilih untuk mencuci tandas dan tempat berwudhuk. Aku mencucinya bersama Tasneem, salah seorang pelajar daripada PNU.
Setelah selesai skop kerja yang pertama, kami berehat untuk seketika sambil melakukan O-Grup(OG). Tajuk khas pada hari ini ialah kasih sayang. Kami telah memberi pendapat masing-masing berkaitan dengan pendapat sendiri.
Salah seorang pensyarah daripada PNU, beliau telah menumpangkan kami berlima serta semua barangan kami 8 orang itu menaiki kereta miliknya. Dia yang tinggal di sekitar Masjid Tak Bai sanggup berulang-alik semata-mata untuk membawa kami ke sana. Tanpa beliau, pasti kami semua sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian menuju ke PNU. Alhamdulillah kami selamat tiba di PNU, sepanjang perjalanan itu kami bercerita berkaitan suasana dan keadaan di Narathiwat. Tidak lupa beliau menceritakan hal di istana yang sedang berlaku pada bulan Julai dan Ogos, istana ditutup kerana persediaan untuk konvokesyen dilakukan.
Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.
Post a Comment