Takut ini benar
Bukan rekaan semata-mata
Ianya hadir tanpa diduga
Menghiasi hati ini buat seketika
Takut akan makhluk Tuhan itu sendiri
Walau hanya di dunia ini
Harusku tabah dan kuat hadapinya
Bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang
Yang masih berliku-liku
Tiada penghabisan
Mampukah hati ini bertahan dengan rasa
Rasa yang tidak patut datang di saat ini
Saat getir yang memerlukan kekuatan diri
Kekuatan diri dibina
Dibina atas cabaran sendiri
Untuk terus kuat
Nukilan oleh :
Marini
16 Ogos 2019
1.14 petang
PNU
Post a Comment