Terbuka mata , tersedar jam 4:40 pagi lalu aku terus bangun mandi dan ambil wudhuk. Selepas itu, aku mengejut kawan-kawanku yang tidak bangun lagi untuk terus ke surau. Kami solat subuh berjemaah dan membaca al mathurat bersama-sama.
Seterusnya , kami ke Academic Session Center kerana ada Mesyuarat dan Sesi Taaruf bersama Dekan dan Pensyarah di Princess Narathiwat University. Daripada ini kita dapat mengeratkan silaturahim dan lebih mengenali di antara satu sama lain.
Selepas itu, kami ke Fakulti Pertanian yang diiringi oleh Doktor Ilham Mohamad. Di situ , kami belajar tentang pertanian. Kami ada memasuki satu bilik yang mengandungi banyak bekas kaca kecil untuk penanaman pokok dan dijadikan sebagai laporan. Lampu yang bersinar atas pokok itu umpama sebagai matahari. Tetapi hanya dibuka pada pukul 8 pagi hingga 6 petang iaitu pada waktu siang sahaja.
Selepas itu, kami ke ladang kambing biri-biri. Kambing yang paling muda ialah 3 tahun manakala yang paling tua ialah 4 tahun. Kesemua jumlah kambing mempunyai 45 ekor. Kambing biri-biri ini akan dilepaskan setiap hari pada pukul 10 atau 11 pagi sehingga 4 petang.
Seterusnya pada malam itu, tazkirah ringkas oleh ustaz muhamad toyyib, beliau mengatakan walaupun kita berlainan agama, negara , bahasa dan budaya. Di mana sahaja kita berada , jenis melayu yang sama maka lebih erat hubungan kita dan saudara-saudara yg datang dari Malaysia. Tujuan asasi hak manusia, fokus islam itu ada dalam sanubari kita kerana Allah mengutuskan Nabi untuk menyempurnakan agama
selagi mana kita memegang agama islam.
Sebagai seorang mukmin yang baik haruslah tekun dalam pelajaran. Manusia yang paling baik adalah yang memberi manfaat kepada manusia.. pejabat apa sahaja kita bekerja , fakulti mana pun kita belajar , insyaAllah kita menjadi sebaik baik manusia kerana memberi manfaat kepada manusia.
Post a Comment