Subuh seperti biasa di Surau Ahol. Setelah selesai, kami mengambil kesempatan untuk membuat video tentang sejarah surau ini. Wartawan kami ialah Nur Syakilla Binti Anuar dan Abang Amin. masing-masing menceritakan tentang seni bina, sejarah dan peristiwa-peristiwa penting tentang Surau Ahol. Setelah itu, aku membuat panggilan video bersama Penasihat DE Volunteer, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Antara laporan yang telah aku laporkan termasuklah gerak kerja semalam dan harini. Encik Izwan juga sempat bersembang bersama orang kampung yang lalu lalang. Hubungan silaturrahim antara beliau dan Kampung Nad Tanjung masih kuat dengan kukuh.


Setelah itu, kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti menanam pokok. Setiap pokok akan di tulis nama kami di sepanduk yang disediakan. Antaranya ialah :

Pokok durian mas
-Abang Amin
-Fikry
-Ahmad
- Ameera

Pokok limau kasturi
-Syakilla
-Hana
-Sharipah Izratul
-Noor Asshikin

Setelah selesai, kami pulang ke rumah untuk bersiap sedia pergi ke Pekan Patani Darussalam. Tepat pukul 2, kami bersama Poksu Daree dan Abe Mat pergi ke Pejabat Wilayah untuk bertemu dengan Dato Bandar Abdul Rahman bin Hussein. Namun, beliau tidak sempat beramah mesra bersama kami sedikit lama kerana kesuntukan masa. Namun kami berjaya mendapatkan email dan nombor telefon pejabat bagi tujuan masa hadapan.

Setelah itu, kami mulakan perjalanan ke pekan. Destinasi pertama kami ialah Masjid Kresik. Masjid ini juga digelar sebagai Masjid Pintu Gerbang. Dibina sejak 500 tahun dahulu oleh Sultan Muzaffar Shah, direkomendasi oleh Syeikh Safiyyudin Al-Abbas. Syeikh Safiyyudin merupakan ulama Patani, beliau telah membina antara madrasah yang pertama di Asia Tenggara. Makam beliau bersebelahan dengan Masjid Kresik, berdekatan dengan Telaga Hang Tuah. Lantai asal Masjid Kresik diperbuat dari telur putih, telur hitam, dan kulit pelepah, ditumbuk menjadi satu adunan yang dikenali sebagai kapur. Pada tahun 2004, satu tragedi telah berlaku. Jemaah Subuh Masjid Kresik dikepung dan dibunuh beramai-ramai oleh tentera Siam. Kubah masjid diletupkan oleh peluru berpandu daripada helikopter Apache. Kini, Masjid Kresik tidak lagi membina kubah baharu bagi mengenang peristiwa berdarah tersebut.

Bagi destinasi seterusnya, kami berangkat kePSU di Patani. Aktiviti disana lebih kepada lawatan sahaja kerana kami kesuntukan masa. Kami sempat bergambar di hadapan Bangunan Sains Islam PSU. Setelah itu, kami ke Masjid Besar Patani. Kami berbuka puasa dengan ais blended untuk alas perut. Selepas solat, kami terus ke kedai Tom Yam untuk makan berat.



Selesai daripada itu, kami pulang ke Nad Tanjung. Kami tidak sempat membuat aktiviti membersihkan tempat belajar akibat kelewatan. Justeru, kami terus laksanakan OG dan Postmortem lalu tidur.

Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy 






Post a Comment

Previous Post Next Post