Subuh yang mendamaikan, lebih-lebih lagi apabila angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut di muka bumi ini. Harini ini merupakan hari yang paling dinantikan oleh aku kerana dapat melawat penduduk kampung sambil memberi sumbangan barang-barang dapur. Namun, pembahagian barang hanyalah ke beberapa buah rumah sahaja kerana Ustaz Usman lewat hadir untuk memberikan senarai penerima yang telah dipilih berdasarkan kemampuan mereka.

Pada petangnya, kami menyambung semula pengagihan barang-barang tersebut bersama-sama dengan Ustaz Usman serta beberapa lagi pengiring. Mereka sangat baik hati kerana sudi membantu kami dalam mencari penduduk yang amat memerlukan bantuan, terutama dari segi kemudahan kenderaan. Mereka sanggup meminjamkan kepada kami motor mereka agar pergerakan menjadi lebih pantas dan selamat.


Bot sedang menunggu kami, ajakkan daripada tok penghulu kampung untuk menaiki bot miliknya membuatkan kami berasa sangat teruja. Pengalaman yang tidak akan sesekali kami lupakan kerana duduk di atas kerusi di dalam bot. Ianya merupakan perkara yang sangat melucukan. Mereka sanggup menyediakan kerusi buat kami semata-mata untuk mengelakkan seluar kami daripada basah.

Kelas anak-anak di Nad Tanjung bermula lepas maghrib. Aktivis MIMPI telah mengajarkan subjek Matematik kepada mereka.

Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post