Ketika aku bersama keluargaku semakin menghampiri UNISEL Bestari Jaya pada jam 8 malam, aku segera menghubungi Kak Mimy yang bertugas untuk menunjukkan kepada saya rumah yang akan  didiami selama 3 hari 2 malam sepanjang program Induksi Misi Sukarelawan. Pada masa yang sama aku meminta pertolongannya untuk mengangkat barang kepunyaan Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) . Barang tersebut terlalu besar dan amat mustahil bagiku untuk membawanya keseorangan. Nasibku menjadi mudah kerana dapat bantuan daripada Kak Mimy bersama seorang sahabatnya, Nura yang sudi menolong kami pada malam itu. Sebelum beredar, aku memohon restu daripada kedua ibu bapaku untuk mengikuti misi itu dan dibekalkan dengan nasihat yang sangat membina. Antaranya adalah sentiasa menjaga diri dengan baik. Walaupun hanya sebentar sahaja masa yang aku dapat luangkan bersama mereka, iaitu dalam perjalanan daripada Shah Alam ke Bestari Jaya, aku dapat melepaskan rindu yang terlalu lama terpendam itu. Aku sudah lama tidak pulang ke pangkuan mereka namun aku tabahkan diri ini untuk meneruskan misi ke Patani, Thailand yang tidak lama lagi akan berlangsung.

Setelah aku mendaftar masuk, aku mengemas barang dan cuba merehatkan diri, aku terjerumus dalam perbualan yang sangat menghiburkan dan juga tidak masuk akal kerana membincangkan perkara yang sangat serius, asrama Unisel Shah Alam telah dimasuki oleh seorang penceroboh iaitu di dalam rumahku sendiri, aku sangat risau dan takut jadi aku ingin membincangkan beberapa langkah keselamatan yang akan kami jalankan bagi memastikan keselamatan kami terjamin. Lama-kelamaan kami mula merepek antara satu sama lain kerana pada mereka perkara itu tidak perlulah terlalu serius. 

Setelah perbincangan selesai, aku mula rasa ngantuk kerana hanya dapat tidur selama 2 jam sahaja, belajar untuk peperiksaan akhir semester lah katakan. Jadi, aku ingin melelapkan mata dengan segera, namun telah disekat oleh Syahirah yang ingin bercerita berkaitan misi masing-masing, aku hanya menemankan dia sahaja. Tidak cukup dengan Syahirah, Syakila pula yang tiba-tiba sahaja menelefon mengatakan bahawa dia terkurung di dalam asrama perempuan dan tidak dapat pulang ke asrama blok D. Perkara yang tidak besar ini mengakhiri hari panjangku dengan tidur yang lena dan dingin. 

Perkara indah hanya seketika, tiba-tiba aku tersedar panggilan telefon daripada Zaini yang menginginkan aku memulangkan semula barang-barang DE VOLUNTEER kepadanya. Dengan pantas aku bangun daripada tidur dan mula mengejutkan rakan serumah yang harus bergegas ke masjid UNISEL bagi mengerjakan solat Subuh berjemaah. 

Pagi yang indah dimulakan dengan bacaan mathurat serta sesi perkongsian bersama Encik Izwan Suhadak yang merupakan penasihat bagi DE VOLUNTEER. Beliau menerangkan kepada kami berkaitan pentingnya sistem pengurusan di dalam kumpulan dan juga komitmen yang baik dalam menguruskan segala kerja di dalam misi yang akan dijalankan nanti. Pelbagai input yang aku dapat daripada sesi beliau seperti mencari maklumat yang dapat digunakan dalam misi akan datang. Terutama perkara berkaitan sejarah yang sangat penting bagi semua ahli untuk mngetahuinya bagi langkah selamat. 

Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post