SEPERTI negara lain di dunia, Thailand tidak terkecuali daripada terkena tempias pelbagai ketidaktentuan termasuk dari segi ekonomi, politik dan institusi diraja.
Kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej Oktober tahun lalu secara tidak langsung mengundang teka teki tarikh sebenar pertabalan pengganti takhta, Raja Maha Vajiralongkorn yang dikatakan hampir dengan tarikh pilihan raya dijangka Februari tahun depan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa menteri melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini peningkatan aktiviti di kawasan itu, yang mungkin mencetuskan lebih banyak ketegangan sekali gus menghakis kepercayaan dan keyakinan di rantau ini.
Pada masa yang sama, menteri luar itu berkata, perlunya mengekalkan momentum dialog bagi meredakan ketegangan di rantau ini.
Pada tahun 2002, kumpulan kerjasama itu bersama China menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak di Laut China Selatan (DOC), namun ia tidak diikat dan gagal menghalang aktiviti seperti tambakan tanah dan pembinaan pulau buatan di wilayah bertelingkah.
Don berkata, mesyuarat turut membincangkan pelbagai isu berkaitan hal ehwal dan hubungan luar selain situasi di rantau ini dan dunia, namun secara tidak langsung turut menyentuh krisis yang sedang berlaku di Rakhine Myanmar di mana Muslim Rohingya ditindas secara sistematik.
Ramai anggota Asean, terutama Indonesia, Malaysia dan Thailand, menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Rohingya.

sumber:https://www.bharian.com.my/node/257575
disediakan oleh ahmad haydhar bin zabri ,merupakan mahasiswa unisel dan memegang jawatan exco keusahawanan dan sosial dalam grup sekarelawan darul ehsan

Post a Comment

Previous Post Next Post