Selepas penyerahan baju kepada beberapa ahli de volunteer. Kami bersama sama makan tengahari di kafe. Selepas itu, kami terus ke pejabat untuk menghantar dokumen tersebut. Akan tetapi, ada beberapa dokumen lain belum lengkap. Keadaan ketika itu , aku risau dan gelisah kerana banyak lagi perkara lain belum selesai.
Waktu ketika itu menunjukkan pukul 3:40 namun tiba-tiba sahabat kami syahirah meminta tolong kepada kak farhana untuk mengambilnya di ktm sungai buloh kerana ada perjumpaan di bawah kelab dev. Kak farhana memintaku menemaninya ke ktm sungai buloh ..lalu ketika dalam perjalanan keluar dari gerbang unisel , kami berpatah balik kerana ingin solat zuhur dulu di masjid . Setelah itu, saya dalam keadaan risau Dan kelam kabut untuk menunaikan solat di samping kawan2 misi yang lain hubungi tak henti2 daripada orang yang berbeza. Dan pada masa itu juga, telefonku hampir kehabisan bateri. Lalu kak farhana meminta until solat dahulu bagi tenangkan diri Dan berdoa padanya.
Setelah selesai solat, kak Farhana bertanya "hang nak ikot tak teman akak" saya agak keliru untuk ikut kak farhana atau tidak kerana dokumen lain belum selesai. Takut berasa bersalah kerana pergi buat kerja lain tanpa siapkan tanggungjawab. Lalu kak farhana pun menghantar saya di kafe Dan kak farhana terus menuju ke ktm.
Lalu , aku pun terus balik rumah, Dan uruskan di rumah melalui kak sha Dan abang amin iaitu rakan2 seperjuangan until berbincang dokumen apa yang belum diselesaikan . Tiba2 aku terus mendapat mesej dari nadirah sahabat kami juga , yang mendapati kak Farhana terlibat dalam kemalangan ketika menuju ke laluan utama sungai buloh. Aku ketika itu tidak dapat dibayangkan perasaannya lalu aku menangis teresak esak dan terus menghubungi nadirah Dan dia memberitahu dia sedang dalam perjalanan ke hospital sungai buloh untuk melihat keadaan kak farhana.
Waktu itu Allah sajalah yang tahu betapa gelisahnya hati kerana terlalu risau Dan berasa serba salah kerana tidak menemani kak farhana..tapi apakan daya , Ujian Allah siapa yang tahu, kita tak dapat nak duga..jika itu yang terjadi maka kita harus bersabar , tidak boleh menyalahkan diri . Namun hati ini tetap rasa serba salah. Walaupun aku tahu, kalau aku ikut ia tetap terjadi. Allah dia Maha Mengetahui ,tetapi alhamdullillah kak farhana dalam keadaan selamat cuma kereta yang teruk..
Siapa kita nak menentukan apa yang akan terjadi di sebalik kisah hidup kita. Aku redha Dan terlalu bersyukur kerana kak farhana dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah, apa pun ujian yang Allah beri .kita kena kuat Dan terima dengan hati yang redha sebab kita percaya bahawa semua yang uji kita mampu hadapinya cuma kita sahaja yang tidak tahu yang kita kuat untuk menghadapinya.
Pada malam itu, semua ahli misi diminta untuk mendaftar masuk hostel yang telah ditempah bagi siswi dan siswa. Hal ini kerana adalah untuk memudahkan pergerakam semua ahli - ahli misi untuk ke induksi pada pagi esok.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-21 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.

Post a Comment