Antara aktiviti yang kami jalankan ialah mengajar kanak-kanak tadika di Masjid Khairiah, sebuah Masjid yang terketar2 betdekatan dengan Salah seorang sahabat dan pengiring kami iaitu, saudara Furqhan.
Disana kami memulakan terlebih dahulu dengan sesi taaruf bersama guru-guru tadika dan kemudian kami memperkenalkan diri kami Kami kepada kanak-kanak tadika madrasah Khairiah tersebut.
Kami difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut tidak fasih dalam Bahasa Melayu, hal ini kerana mereka lebih memahami logistics Kelantan dan Siam sedari kecil. Bukan itu sahaja, mereka juga memahami Bahasa Arabic kerana tadika mereka berdasarkan lebih kepada Islamic dimana mereka lebih mendalami keagamaan. Kanak-kanak disana terbahagi kepada lelaki dan perempuan.
Disana kami mengadakan kisah tauladan atau peristiwa Qurban mengenai Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kisah tersebut diceritakan oleh Salah seorang sahabat Kami dan ahli kumpulan iaitu Hydhar. Selepas itu,beliau bertanyakan dan memberikan pengajaran yang didapati daripada kisah tersebut.
Untuk solat Zuhur, Kami sempat menziarahi sebuah Masjid tua yang berusia 300 tahun. Masjid tersebut bernama Wadi Al-Hussein yang terletak di Talok Manok. Kami difahamkan oleh Uztaz Muslimin yang merupakan seorang pensyarah dan juga pengiring kami pada hari ini, bahawa Masjid tersebut dibina oleh Wan Hussein, seorang perajurit atau pejuang agama Islam.
Seperti Surau Ahol yang terletak di Nad Tanjung, Pattani, Masjid Wadi Al-Hussein juga tidak menggunakan paku untuk menyambungkan antara kayu-kayu. Ia dibina dengan pasak, teknologi beratus tahun lalu.
Bukan itu sahaja, Kami juga diberitahu bahawa seni bina Masjid tersebut terdapat campuran seni bina Cina dan Melayu. Seni bina Cina dapat dilihat daripada bumbung masjid yang menyerupai junjung kerabat diraja Cina.
Sesudahnya kami habis menunaikan solat Zuhur di Masjid bersejarah tersebut, kami melangsungkan perjalanan kami ke Air Terjun Budo International Park. Disana kami melawati serta bergotong-royong.
Malangnya ,kami tidak dibenarkan mandi dek kerana arahan pengarah atau ketua kumpulan kami kerana masa yang diberi untuk berada di air terjun berikut adalah singkat. Disana, kami juga berpeluang untuk mendengar tazkirah oleh Uztaz Muslimin.
Kami pulang pada lewat petang, dan seperti biasa aktiviti berakhir selepas Post Mortem atau perbincangan ahli kumpulan.
Post a Comment