Pagi-pagi lagi kami ke surau Khairiah untuk sesi membersihkan masjid yang berusia lebih kurang 40 tahun. Bersebelahan surah khairiah terdapat sebuah Taman Didikan Khairiah yang telah dibina hampir 30 tahun. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah pondok untuk anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan. Sekolah 2 tingkat yang kelihatan usang dibuat menggunakan papan masih mampu menampung ramai pelajar. Di samping membersihkan surau, kami diminta untuk membuat aktiviti bersama kanak-kanak Tadika Khairiah.
Kami membahagikan tugas, ada yang membuat aktiviti bersama kanak-kanak dan yang lain membersihkan kawan sekitar masjid. Aku, Sha, Hana, Fikry dan Amin memilih untuk membersihkan kawasan surau. Ekin dan Kila akan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak. Manakala Ahmad pula menceritakan kisah-kisah nabi kepada kanak-kanak Tadika Khairiah. Selesai mengemas dan membuat aktiviti, kami dibelanja makan tengah hari oleh guru-guru tadika Khairiah.
Kemudian kami bergerak menuju ke Masjid Wadi Al-Hussein iaitu masjid yang telah dibina lebih daripada 300 tahun untuk menunaikan solat zohor. Menurut Ustaz Muslimin pengiring kami pada hari ini, masjid Wadi Al-Hussein dibina berkonsepkan melayu dan cina. Dibina menggunakan kayu dan paku digantikan dengan pasak. Konsep masjid ini sama seperti surau Ahol yang tidak menggunakan paku. Tingkap dibina hingga ke lantai bagi memudahkan orang di dalam masjid mengetahui ada musuh atau tidak di luar.
Selepas menikmati kecantikkan Masjid Wadi Al-Hussein, kami dibawa pula untuk menikmati keindahan alam semula jadi iaitu di Budo Su-Ngai Waterfall. SubhanaAllah. Pemandangannya sangat cantik dan menenangkan. Di sini juga kami membuat sedikit kerja gotong-royong. Seusai bergotong-royong kami berkumpul untuk mendengar tazkirah dari Ustaz Muslimin yang bertajuk kewajipan berjemaah. Ustaz Muslimin mengatakan bahawa dia amat kagum dengan team Mimpi kerana sanggup melakukan aktivit sukarelawan ini. Tazkirah yang pendek namun isinya amat bermakna bagi kami. Sambil mendengar air yang turun dari atas bukit, kami menikmati buah durian.
Tiba waktu untuk pulang ke hostel. Setibanya di hostel, hujan amat lebat sekali. Angin kencang sehingga sliding door bilik kami juga bergegar. Kami berehat dan solat sementara hujan reda. Namun hujan masih tidak reda dan aktiviti malam kami terpaksa dibatalkan. Sebelum tidur kami dipanggil oleh ketua misi kami untuk melakukan postmortem dan OG seperti biasa. Oleh sebab tiada aktivit luar malam ini, kami diminta untuk membuat draf kehidupan hidup kami.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment