Alam sekitar merupakan ciptaan Allah Yang Maha Esa. Sebagaimana oleh sebuah Surah An-Nahl, iaitu Surah yang ke-16 dan diturunkan di Mekah, menceritakan tentang Allah Maha Kuasa dan pemurah-Nya dalam memberi reski dan memudahkam manusia dalam setiap segi. Program pada hari ini juga tidak terlalu padat Dan lebih kepada aktiviti riadah bersama dengan sahabat kami, iaitu pelajar-pelajar PNU.
Pada pagi itu kami bertolak bersama-sama dengan pelajar-pelajar PNU ke sebuah Pantai yang bernama, Pantai Kaletapei. Kami difahamkan Pantai tersebut betdekatan dengan rumah Salah seorang pelajar PNU iaitu Kamarulzaman ataupun mesra dikenali sebagai Kamal. Disana kami menjalankan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan pantai tersebut.
Selepas berakhirnya aktiviti bergotong-royong bersama-sama dengan pelajar-pelajar PNU tersebut, Kami menyediakan jabe air atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Plastik air berisi air yang diwarnai dengan pewarna makanan until aktiviti beriadah Kami untuk waktu petang itu. Jabe air ITI dijadikan sebagai bom air.
Kami dibahagikan kepada dua buah kumpulan, dimana setiap kumpulan mempunyai 7 orang ahli dan seorang ketua. Selepas permainan jabe air berakhir, kami berpeluang untuk bermandi-manda di Pantai tersebut. Pada sekitar jam 2, Kami bermanfaat pulang ke rumah untuk bersiap-siap sembang zuhur dan berehat.
Pada Malam tersebut, kami dipelawa dan dibawa untuk makan malam bersama pelajar-pelajar PNU. Aktiviti Kami berakhir seperti biasa selepas perbincangan kumpulan kami.
Post a Comment