Jaguhkan diri untuk membuka mata, rutin Subuh kami diteruskan. Sebelum meneruskan aktiviti pada pagi ini, kami adakan kazkirah satu minit (kulsam). Tajuk yang dibincangkan ialah "Wanita". Pelbagai pendapat tentang wanita telah dibicarakan. Setelah selesai kulsam, kami bersiap sedia untuk pergi ke Tadika Jamiatul Wustha. Kehadiran kami disambut oleh kanak-kanak di sana. Seperti biasa, sesi Taaruf dimulakan dan disusuli dengan modul Bahasa Melayu. Slot pertama ialah permainan 'Teka Eja'. Permainan ini menguji kemahiran mereka dalam meneka ayat berdasarkan beberapa huruf 'hint'. Slot seterunya ialah slot 'Biawak Buaya'. Permainan ini pula menguji kemahiran kepekaan dan sebutan ayat mereka. Alhamdulillah, modul yang berdurasi 2 jam 30 minit berjalan lancar. Walaupun penat menjaga kerenah mereka, lumrah menjaga anak-anak kecil memerlukan tenaga yang lebih. Mereka inilah anak-anak syurga. Kami sempat bergambar sebelum pulang ke rumah sewa.
Selepas Zohor, kami bergerak ke Surau Ahol untuk mengemas dan membersihkan surau. Kami mengelap kipas dan membersihkan telekung-telekung di dalam almari. Terdapat pelbagai peralatan dan pakaian lama seperti sejadah dan telekung. Sesi membersihkan surau ini bertujuan untuk kegunaan jemaah surau khususnya solat sunat Aidiladha pada esok hari. Pada petangnya pula kami melakukan aktiviti OG ringkas. Encik Hassan tiba-tiba hadir dengan motornya untuk memaklumkan kepada kami untuk berbuka di rumah beliau. Kami berasa amat terhutang budi dan menerima jemputan beliau dengan hati yang terbuka.
Pada pukul 6 petang, kami berangkat ke rumah Encik Hassan. Juadah dan lauk sudah tersedia. Antaranya termasuklah ayam goreng kampung, ayam rendang, bubur kacang, sayur sup labu air dan air sirap. Kehadiran kami disambut mesra oleh tuan rumah. Sementara menunggu azan Maghrib, kami membaca selawat dan berzikir memuji Allah dan RasulNya. Bacaan diketuai oleh Ustaz Ghazali. Azan Maghrib dilaungkan dan kami mula makan. Keenakan makanan dapat dirasai setelah seharian suntuk menunaikan puasa sunat Arafah.
Setelah selesai, kami mengerjakan solat Maghrib dan Isyak di Surau Ahol. Setelah itu, rakan-rakan aku pergi menikmati durian di rumah orang kampung sementara aku pulang ke rumah untuk melaksanakan urusan penting. 30 minit selepas itu, Usman, anak kepada Abe Mat datang untuk membincangkan tentang tentatif acara pada hari Isnin nanti. Pada pukul 11 malam, kami melakukan OG dan tidur.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy


Post a Comment