Aku bergegas ke tadika Jamiul Wustha, Nad Tanjung. Kami diberi peluang untuk mengajar di sana. Modul kami pada hari itu merupakan subjek Bahasa Melayu. Kami mengajar mereka apa itu antonim dan juga sinonim. Mereka kelihatan sangat teruja untuk belajar sesuatu yang baru. Mereka mengharapkan kami untuk mengajar mereka lagi namun apakan daya kerana kami masih mempunyai banyak aktiviti lain yang perlu dilakukan.

Kami memenuhi permintaan Ustaz Usman untuk membersihkan Surau Ahol. Kerja pembersihan dimulakan selepas solat Zuhur. Kemudian, kami berbuka puasa di rumah Abe Hassan. Isterinya memasak nasi arab. Masakkannya sangat enak dan membuka selera kami semua. Kami sangat terharu dengan cara layanannya yang begitu baik dan memahami selera kami di saat kelaparan itu.

Dengan tidak disangka-sangka, kami dijemput oleh salah seorang penduduk kampung untuk menjamu selera makan buah durian bersama pulut dengan santan. Seorang makcik yang menghuni rumah itu memberi kami petai yang segar buat kami sebagai bekalan selama berkampung di Nad Tanjung ini. Aku sangat berterima kasih kepada penduduk di sini kerana layanan mereka terhadap kami seperti sebuah keluarga yang sangat rapat.

Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post