Hari ini, setelah usai solat subuh bersama ahli yang lain, kami menyiapkan barang-barang bungkusan untuk diagihkan kepada anak-anak kecil Nad Tanjung. Setelah siap bukusan untuk anak-anak Nad Tanjung, kami pergi ke kedai Tok Penghulu untuk membeli barang sumbangan yang bakal di diagihkan pada jumaat ini sementara menunggu dua lagi ahli kumpulan kami yang bakal tiba padah sebelah tengah hari.
Semasa di kedai Tok Penghulu, kami ditemani oleh Abe Mat untuk membeli dan memberi cadangan tentang barangan keperluan yang masih belum cukup. Kami menganggarkan 400baht bagi satu bungkusan. Semasa kami membeli-belah, kami dibantu oleh isteri Tok Penghulu sekali bagi memastikan barang keperluan untuk sumbangan kami cukup untuk dibungkus.



Isteri Tok Penghulu dan juga pembantu kedai yang lain begitu ramah, dan begitu membantu bagi melengkapkan keperluan ini. Isteri Tok Penghulu juga menganjurkan diri untuk menyuruh pekerjanya untuk menghantaran barang-barang yang dipesan bagi mengurangkan beban kami. Disitu juga saya dapat belajar sedikit demi sesikit bahasa siam-patani dengan bantuan isteri Tok Penghulu dan Abe Mat.

Disebelah petang kami diiringi oleh Abe Ya untuk bersiar-siar melilingi kampung untuk mengenalpasti kawasan ini dengan lebih mendalam. Kami menghabiskan pada disungai lebih kurang 30 minit ke 1 jam, meluangkan masa menanyakan kepada Abe Ya tentang isu-isu semasa yang terjadi di Patani dan juga sedikit sejarah latar belakang Patani dan juga pengalaman beliau sepanjang menetap di Patani. Semasa perjalanan pulang kami singgah dirumah Abe Ya melawat rumah dan ibu beliau yang berusian dalam anggaran 90an. Ibunya ternyata masih sihat, boleh berjalan dan bercucuk tanam.

Pada belah malam pula, kami mengajar anak-anak Nad Tanjung Bahasa Inggeris selepas dipinta oleh Ustaz. Kami menyediakan modul pembelajaran dengan serta-merta tanpa membuang masa. Pada 7:30 malam, anak-anak Nad Tanjung datang ke kediaman kami di Tanyong Homestay untuk belajar. Sebelum memulakan sesi pembelajaran, kami menyuruh anak-anak ini memperkenalkan diri dalam sesi Taaruf. Seramai 16 orang anak-anak yang datang, manakala kami menganggar dalam lingkungan 50 anak-anak yang akan datang.


Anak-anak ini kami mengajar asas bahasa Inggeris seperti memperkenalkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Kami juga membantu anak-anak ini untuk mengenalpasti jenis-jenis pekerjaan yang mereka ingin jadi apabila dewasa kelak. Tujuan ini adalah untuk memupuk semangat anak-anak ini untuk maju bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk berbakti pada ibubapa dan juga negara.


Pada jam 9 malam, setelah selesai sesi mengajar anak-anak Nad Tanjung, kami dijemput untuk kerumah Tok Penghulu untuk menjamu selera. Tok Penghulu menjamu kami dengan hidangan lokan bakar serta sedikit menyuarat tentang tentitif kami yang akan diubah sedikit kerna masa dan juga program kami yang tidak dapat diikut bagi tentitif asal. Kemudiannya kami pulang kerumah pada jam 12 malam untuk membuat sedikit penutupan hari sebelum kami tidur.



Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post