Aku dan
teman-teman melakukan aktiviti melompat. Sebelum itu, kami dah buat regangan
otot untuk mengelakkan kecederaan. Aku meminta untuk mereka pegang tangan
membentuk bulatan berasingan lelaki dan perempuan. Mereka mesti melompat ke
arah kiri atau kanan apabila diberi arahan. Aku memberi arahan, “kiri, kiri,
kanan!” Mereka lompat sambil gelak terbahak-bahak sebab ada yang lompat
tersilap arah menyebabkan mereka jatuh tergolek. Aku tukar arahan pula, kali
ini bila arahan minta lompat ke kanan, mereka mesti melompat ke arah yang
berlawanan. Aku menjerit, “kanan, kiri, kiri!” mereka jatuh sekali lagi sambil
menunjukkan salah orang lain. Aku minta mereka kongsikan apa pengajaran yang mereka
dapat, kata Ameera, “kita kena tumpukan perhatian”. Ahmad pula kata, “kena jadi
pendengar yang bagus”. Seperti itulah dalam organisasi, aku kena tumpukan
perhatian apa yang perlu dibuat dan menjadi pendengar yang baik. Ada seorang
cendiakawan mengatakan, “Pemimpin yang bagus adalah pengikut yang setia”.
Aku berjumpa
dengan seorang lagi pelajar PNU yang pernah ke UNISEL iaitu Farhan Wani. Dia
mengaji Ijazah Sarjana Muda Bahas Arab, tahun 4. Setiap kali kuliah, dia akan
naik motor dari rumah ke PNU sejauh 12 km. Katanya semester sekarang agak
mencabar sebab kena buat ‘thesis’
bahasa. Ini menunjukkan kegigihannya untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa
menunggang motor saat hujan panas sejak dari tahun 1.
Sebelum solat
Zohor, kami berkumpul di Masjid Princess of Naradhiwas University dan membentuk
bulatan besar sambil OG membincangkan tajuk ukhuwah. Abe Kamaruzzaman (Alumni
PNU) mengatakan “Walaupun kita berbeza negara tetapi akidah kita sama, tanpa
ukhuwah, Islam tidak sampai kepada kita sekarang”. Hassan Basri Bin Syafie
(bekas pelajar PNU) pula mengatakan tentang surah ali-Imran, surah ke 3, ayat
103, muslim itu bersaudara.
Sewaktu dalam
perjalanan pulang, hampir saja aku, Fikry, Syakilla, Farhana dan Furqon
terbabas ketika kami menaiki ‘cole’ atau motor tiga roda. ‘Cole’ yang
ditunggang oleh Furqon terhuyung-hayang ketika laju 40 km/jam. Aku berpaut
dengan kuat pada besi tambahan yang dibina khas untuk ‘cole’ Bukan sekali sahaja, tapi dua kali Allah selamatkan nyawa
kami. ‘Cole’ seperti ada masalah ‘gear’,
bila dah sampai ‘top gear’ dan
dipijak lagi ‘gear’, ‘gear’ akan ‘drop’ dan menyebabkan motor perlahan dengan mendadak.
Penulis bernama Muhammad
Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI)
pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup
Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains
dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor
(UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment