Aku, Hassan Basri Bin Syafie, Abe Kamaruzzaman, Tobari, Furqon dan Fikry bersama-sama bergotong-royong membersihkan halaman sekitar Surau Khoiriyah dan Taman Didikan Khoiriyah. Ketika aku mengemas di laman bahagian depan surau, aku terjumpa dua batu yang terletak selari, rupanya ia adalah sebuah kubur tapi aku tak pasti siapakah arwah yang meninggal. Taman didikan Khoiriyah sudah mencapai umur 30 tahun yang diasaskan oleh Tok Imam Hussin. Tok Imam Hussin menumpukan terhadap pendidikan ‘tarbiyah’ kepada anak-anak Taman Didikan Khoiriyah. 100 orang murid yang terdiri dari anak yatim dan fakir miskin. Pusat ini akan bercahaya pada hari sabtu dan ahad bagi mendidik anak-anak menjadi insan yang berakhlak mulia. Tiada bayaran dikenakan kepada anak yatim dan fakir miskin tetapi bagi orang yang berkemampuan, hanya 5 Baht (50 sen) sehari. Tiada makanan disediakan kerana kurang kemampuan dan tiada sokongan dari pihak kerajaan Thailand.
Ahmad, Syakilla
dan Nur-Ainee melakukan aktiviti bersama anak-anak Taman Didikan Khoiriyah.
Ahmad menceritakan pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim yang melaksanakan
perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail dan Allah gantikan Nabi Ismail
dengan kibas kerana keta’atan Nabi Ibrahim. Nur-Ainee melakukan aktiviti
mengenali anggota badan dalam bahasa melayu dan arab. Syakilla pula melakukan
aktiviti senaman aggota badan dengan gunakan lagu “Didi and Friends”. Tugas sebagai
cikgu bukanlah mudah namun ia sangat mencabar dan perlukan kesabaran yang
terbaik. Tanpa cikgu, siapalah aku. Terima kasih cikgu yang mengajar aku dari
aku kecil hingga dewasa.
Dalam perjalanan
ke satu tempat yang bersejarah, aku melihat papan tanda menuliskan ‘300 year Mosque’. Sebenarnya masjid ini
dah melebihi 300 tahun sebab ia dibina oleh Wan Hussin pada tahun 1044 hijrah.
Ketika Pattani menjadi pusat utama kegiatan, kerajaan Siam berasa terancam
dengan orang islam lalu menyerang. Wan Hussin pergi ke Narathiwat untuk
menyusun strategi, dipilihnya tempat ini kerana kedudukannya yang disebalik
bukit untuk menyelamatkan diri dan air sungai untuk membawa bekalan makanan. Masjid
ini disebut sebagai Masjid Wadi Al-Hussin bersempena dengan tokoh yang
mempertahankan islam. Tingkap masjid direka panjang hingga ke paras kaki kerana
jika masjid dikepung, orang di dalam masjid boleh melihat melalui tingkap dan
mudah untuk melarikan diri. Ini menunjukkan apabila sesebuah organisasi yang
ingin maju atau menyelamatkan dari terkubur, mesti menyusun strategi dengan
baik.
Sumber alam yang
Allah kurniakan sangat banyak hingga tidak terhitung oleh kalkulator. “Manusia
mestilah guna sumber ini dengan sebaik-baiknya tapi bukan guna sehingga rosak
alam tapi berpada-pada”, kata Fikry ketika Aku dan Ahmad sedang takjub
menikmati pemandangan di Pajo Waterfall.
Angin bertiup
kencang dan hujan lebat menyirami bumi Siam. Jabatan Meterologi Thailand
menyatakan dalam kajiannya tentang ramalan cuaca, bulan Ogos dan September
merupakan musim hujan lebat untuk 15 hingga 17 hari. Siling dalam bilik aku
menetap diterbangkan dengan sekali hembusan yang kuat dari angin luar ‘sliding door’. Allah beri petanda
supaya kembali padaNya dalam apa jua keadaan.
Penulis bernama Muhammad
Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI)
pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup
Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains
dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor
(UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment