Sudah berangkat menuju ke Hatyai menaiki bas pada malam yang gelap gelita, kami cuba menahan kesejukan di dalam bas yang  seperti masuk ke dalam peti sejuk, bersedia untuk melelapkan mata yang seberat durian. Tiba-tiba kedengaran bunyi "bang" yang kuat dari sisi kanan bas semasa melalui tol, saya berasa bingung. "Apa pula yang terjadi dekat sini? Ini Akan menyebabkan perjalanan lebih lambat", aku bermonolog. Rupa-rupanya apabila bas melalui tol, bas tersebut terlanggar penghadang tol sehingga terkopak panel bas bahagian kanan belakang seperti kulit durian.

Selepas satu jam setengah, saya menarik nafas lega kerana kelihatan bas yang lain datang berhenti di tempat kami kemalangan. Kami menaiki bas tersebut dan kelihatan lelap para sahabat misi termasuklah yang bercakap ini.


Saya terbangun dan melihat ke luar tingkap, bas baru saja bergerak dari sebuah perhentian. Saya melihat sekeliling, sahabat-sahabatku masih syahid (tidur yang sungguh lena). Kelihatan masa menunjukkan pukul 6:30, azan Subuh sudah lama berkumandang, dan Alhamdulliah syukur saya masih mempunyai wuduk, saya mengangkat takbiratul ihram, "Allahu Akbar" berpandu kan khiblat dan terus solat.

Tiba sahaja ke sempadan,semua orang dikejutkan, dan diberi pasport masing-masing, dengan rasa mengantuk saya serta sahabat-sahabat  menuju ke kaunter,ada pula yang tidak membawa kad pengenalan,sudah,karang kene tahan,pulak besar masalah.

Tiada masalah lansung di sempadan Dan kami sampai ke Hatyai pada pukul 8 pagi waktu tempatan


Disediakan oleh Ahmad Haydhar bin Zabri merupakan aktivis Grup Sukarelawan Darul Ehsan memegang jawatan sebagai exco keusahawanan sosial juga sebagai ajk logistik bagi Misi Jelajah Patani

Post a Comment

Previous Post Next Post