Allahuakbar......saya terbangun dengan sendiri,jam menunjukkan pukul 4:15 pagi.sesunguhnya berniat untuk solat berjemaah di surau aur. Selepas Mandi, terus kejut Fikry ,fikry terkejut Dan terus menghala ke luar Dan terus mengetuk pintu rumah bahagian perempuan,Dan terus masuk Mandi
Selepas bersiap untuk ke surau ,saya Dan fikry menunggu perempuan sambil membuat panggilan di telefon tetapi tiada respon,kami terus menuju ke surau aur dan solat berjemaah,suasana pagi yang indah,mesti bermula dengan senyuman di wajah, saya melihat keindahan ciptaan Allah dihadapan saya iaitu itik yang lama sudah tidak kelihatan di dalam Kehidupan aku.
Oleh kerana perempuan belum keluar dari bilik,saya mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik mereka, dalam berapa saat kemudian kedengaran bunyi letehan Dan bunyi terkejut seolah-olah terjatuh katil.
Selepas kesemua drama bangun pagi itu,kami menuju ke kedai milik penghulu untuk membeli barangan pek makanan untuk diberikan Pada keluarga asnaf.barang demi barang,kami pilih lalu dikira oleh penjaga kedai tersebut,penjaga kedai tersebut menulis dalam bahasa Thai,pening saya serta ahli misi dibuatnya
Selesai sudah membeli barang,kami pulang Dan barang tersebut dihantar dengan menggunakan kereta kerana kenderaan yang kami bawa itu tidak mempunyai kapasoti untuk membawa barangan tersebut.kami membuat Satu barisan membungkus pek tersebut dengan kemas dan teratur.saya berada di hadapan sekali memasukkan beras,sungguh berat jika badan dihempap oleh seguni beres, sememangnya saya telah mengalami kesakitan tersebut.kami kelihatan seperti pekerja kilang yang perlu menyiapkan kerja sebelum berhenti waktu makan.
Post a Comment