Hari (6/8/2019) ini bermula selepas Kami tiba di sempadan Thailand, kami telah tiba di sempadan Thailand tersebut sekitar pukul 7.30 pagi. Setelah tiba di Hatyai, kami disambut oleh pekerja-pekerja agent travel Alisan Coach, di Sana Kami menunggu untuk dua orang pengiring yang bernama, Pok Su dan Abe Mat. Mereka berdua datang kemudiannya dengan sebuah van, mereka membawa Kami bersarapan disebuah kedai makan kepunyaan keluarga Muslim dari Kelantan. Disana Kami menjamu nasi campur sebagai sarapan Kami. 

            Selepas Kami menjamu selera d kedai makan Muslim tersebut, Kami dibawa untuk membeli kad SIM untuk kemudian rangkaian telefon dan internet selama sebulan Kami berada di Thailand. Kami membeli 3 kad SIM untuk kemudahan Kami yang dipanggil sebagai ZEED Ais. 

              Setelah Kami selesai,Kami terus menuju ke PSU ataupun dikenali sebagai Prince of Songkhla University. Disana Kami melakukan 'report live' dan melewati di tempat sekeliling universiti tersebut. Sayang sekali, Kami tidak dapat memasuki kuliah di universiti tersebut kerana pengiring kami, Dr Usman berada di Brunei kerana beliau mempunyai urusan disana.

Seterusnya, Kami di bawa ke Salah Satu tempat pelancongan yang menarik,iaitu Di Coco One. Coco One merupakan restoran tepi pantai, Dan mempunyai pelbagai barangan hiasan Yang membuatkan Kami terhibur untuk menangkap gambar di sekeliling. 

               Kami menghabiskan masa disana dengan pengiring Kami sebelum Kami dibawa ke Nad Tanjung. Setelah Kami tiba di kampung Nad Tanjung, Kami ditunjukkan tempat tinggal sementara di Nad Tanjung Homestay. Aktiviti hari ini diakhiri dengan mesyuarat perbincangan mengenai tentatif aktiviti di Nad Tanjung.

Post a Comment

Previous Post Next Post