Sudah hari yang ke-4 kami menginap di PNU, harini kami dibawa untuk sesia taaruf yang lebih formal untuk mengenali dekan-dekan di institut fakulti. Kami diperkenalkan barusan dekan dan tenaga pengajar yang mengajar di institut ini. Sesi ini mengambil dalam satu jam. Dalam sesi ini juga jami memperkanlakn diri kami kepada dekan-dekan. Untuk pengetahuan, di univeristi ini tiada fakulti busines. Mereka lebihkan kepada sesi pembelajaran yang kearah praktikal seperti petanian, pengurusan islam, teknikal seperti automobil, elektrik dan sistem penghawa dingin, medik dan jururawatan. Di universiti ini mempunyai 7 fakulti, 1 institut dan 3 fakulti teknikal.
Seterusnya kami dibawa ke fakulti sains pertanian untuk pengenalan yang lebih mendalam kepada fakulti ini. Kami diperkenalkan dengan bahagian bahagian yang ada di sini. Disini terdapatnya beberapa bahagian seperti ladang kuda, kambing dan kambing biri-biri, bahagian sawit, rumah hijau, tempat menyamai dan memilih benih yang sihat, tanaman pokok yang sudah sedia untuk dijual atau dipakai, tempat baja dibuat. Ilmu bukan sahaja untuk diperoleh tapi ianya juga untuk dikongsikan bersama agar lebih berkat. Kami diiringi oleh Encik Ilham, seorang veterina. Kesungguhan beliau untuk menerangkan kepada kami amat terkesan kepada saya kerana beliau kurang fasih dalam berbahasa melayu dan inggeris tetapi masih mahu berkongsi ilmu dengan kami.
Seterusnya kami dibawa ke Masjid PNU untuk solat zohor bagi wanita dan solat jumaat bagi lelaki. Setelah usai, kami dibawa ke Masjid darul Iman untuk makan tengahari dengan mengadap pandangan yang sangat cantik. Masjid ini terletak di tepi sungai yang mengalir ke laut. Kemudia kami dibawa untuk pantai Narath untuk aktiviti riadah seketika. Kami diberi masa dalam 30 minit untuk menikmati pandangan sebelum kami dibawa ke masjid untuk solat zohor dan ke pasar malam.
Seterusnya, kami ke pasar malam tepi sungai yang terletak di belakang masjid dan di sekitar kawasan bandar Narathiwas. Disini terdapat banyak jualan makanan yang sesetengahnya sudah tersedia dijual di Malaysia. Tetapi jika ingin merasa keaslian rasa makanan disini, anda digalakkan untuk membeli dan merasanya sendiri kerana kebanyakkan makanan yang dijual di Malaysia adalah berasal dari sini juga. Saya sempat merasa satu makanan baru yang saya dapati ianya unik kerana bahan nya adalah rumput sungai (seperti latok: rumpai laut). Hidangan ini disediakan seperti kerabu. Rasanya sama sekali seperti kerabu. Tiada rasa rumput atau rasa yang pelik. (Kalau latok, rasa laut sangat kuat dan masih boleh dirasai). Harganya pula sangat murah, banya 10baht (RM1). Saya juga dapat merasa untuk menaiki sampan kayuh disini kerana ianya salah satu tarikan untuk tempat ini. Malangnya kedai yang menjual makanan disini bukanlah dijual diatas sampi seperti yang kita tahu Thailand agak terkenal dengan jual-beli atas sampan di tepi sungai.
Sebelum bertolak pulang kami sempat menunaikan solah maghrib dan isyak di masjid berdekatan. Kami pulang dengan hati yang gembira. Penutup hari ini kami usaikan dengan postmotertm dan posto-posto. Sekian.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.



Post a Comment