Hari ini aku serta ahli misi yang lain akan berjumpa dengan Dekan PNU yang dikenali dengan panggilan glamornya iaitu Cik Lah. Beliau memperkenalkan serba sedikit latar belakang diri beliau serta sejarah pendidikannya. Terdapat beberapa kakitangan PNU yang turut hadir bagi mengenali misi kami yang jarang dilakukan oleh universiti lain terutama hendak ke Thailand yang keselamatannya mengganggu emosi ramai pihak. Kami juga didedahkan dengan sejarah PNU yang mempunyai dua orang Presiden, bukan beragama Islam namun pelajarnya hampir 90% terdiri daripada pelajar Islam. Jurusan yang ditawarkan juga banyak membantu pelajarnya untuk mengambil jurusan yang akan memberi faedah kepada mereka di masa akan datang. Kami juga memperkenalkan diri masing-masing dan mereka sangat kagum dengan ahli kami yang masih muda, umur belasan tahun tetapi sudah berani untuk menjejakkan kaki ke Thailand.
Seterusnya, kami di bawa ke kawasan milik Faculty of Agriculture. Ia mempunyai tanah yang digunakan untuk menanam tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelapa sawit dan pokok bunga daripada pelbagai jenis. Kami juga melawat satu bilik yang menempatkan tumbuhan yang dijaga secara terperinci, anak pokok atau biji benih diletakkan di dalam sebuah botol kaca dan diberikan jeli nutrien sebagai pengganti tanah dan air. Ia disusun di atas sebuah rak dan disusun mengikut kelas masing-masing.
Kemudian kami melawat kandang kambing biri-biri. Aku diberi peluang untuk menyusukan seekor anak kambing dengan menggunakan sebotol susu yang hanya diperoleh daripada susu kotak. Aku tertarik dengan kambing jantan yang bulunya bergulung-gulung dan kotor kerana tidak dibersihkan.
Tidak lupa juga kepada kuda-kuda yang dibela, kami sangat terkejut kerana kehadiran kami disambut oleh dua ekor kuda yang sedang melakukan hubungan intim. Mereka hanya akan melakukannya mengikut keadaan matahari. Ia merupakan kali pertama dalam hidup aku melihat kejadian tersebut.
Aku dan rakan misiku dibawa ke Pantai Narathiwat. Kami berswafoto dan mengambil gambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.
Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.
Post a Comment