Aku telah bertolak agak lewat sehari berbanding rakan-rakan ku yang lain kerana terdapat peperiksaan lisan di UNISEL Shah Alam. 8 malam, aku dan saudara Amin telah bertolak ke stesen bas. Namaku dipanggil kerana lewat menaiki bas yang telah ditetapkan, dengan segera aku mengambil barang dan ke arah kaunter yang akan mengesan maklumat bas supaya tidak salah menaiki bas.

Kami dikejutkan dengan maklumat yang diberi oleh kapten bas tersebut, katanya ‘bas ini tidak akan berhenti di Pengkalan Kubor tetapi hanya akan berhenti di Kota Bharu, tapi nanti boleh tukar bas yang akan melalui di sana’. Perjalanan ke destinasi yang hendak dituju bermula jam 9.15 minit. Aku menggigil kerana penyaman udaranya yang terlampau sejuk tapi aku tidak menghiraukannya dan terlelap seketika. Tiba di Hentian Bas Ekspres, kami turun utk membeli air dan roti, sesudah membayar aku mengambil beberapa keeping gambar dan video suasana di sana.

Kami diberitahu oleh kapten bas itu untuk menukar bas yang lain supaya sampai di destinasi yang sepatutnya kami tuju. Kami segera mengambil beg dan ke arah bas yang ditunjukkan. Bersyukurnya aku kerana ditukarkan bas yang lain kerana penyaman udaranya yang tidak terlalu dingin dan sangat mendamaikan. Bukan itu sahaja, mata aku juga tidak silau kerana bas yang pertama aku duduk di aras 2, lampu-lampu jalan membuatkan mataku silau tetapi bas yang kedua aku duduk di bahagian bawah.

Kami sampai di Pengkalan Kubor jam 6 pagi dan segera melakukan solat subuh di surau yang berdekatan. Selesai saja solat subuh, kami cuba untuk menghubungi En. Zuhairi namun tidak dapat berhubung kerana lewat memaklumkan kepadanya. Jadi, kami mengambil inisiatif lain untuk menuju ke Nad Tanjung. Kami meminta pertolongan daripada seorang pakcik. Dia membawa kami ke tempat mengecop pasport. Kami menaiki feri untuk ke seberang. Kami dibantu oleh sahabat tok penghulu kampung dengan menaiki van ke Nad Tanjung, Patani.

Tiba di Nad Tanjung, aku disambut ceria oleh rakan-rakan misiku yang lain. Kami mula membungkus barang dapur untuk diagihkan kepada kelusrga asnaf. Antara barang-barangnya seperti beras, tepung, gula, kicap, minyak masak dan bihun serta alatan mandi seperti sabun dan juga berus gigi. Pada malamnya kami dijemput khas oleh Tok Penghulu Kampung, En Kamaruddin untuk menjamu selera. Menu yang disediakan adalah lokan, seperti kupang tetapi saiznya lebih besar. Kami menikmati lokan tersebut bersama dengan sos cili.

Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post