Tepat jam pukul 8, kami tiba di Hat Yai. Ketibaan kami disambut oleh dua orang wakil AJK Nad Tanjung, Encik Muhammad (Abe Mat) dan Encik Mudaree (Poksu Daree). Barang kami segera dimasukkan ke dalam van kerana jalan agak sesak ketika itu. Sewaktu didalam van, kami berkenal-kenalan antara satu sama lain. Ya, tidak dinafikan aku memang merindui warga Nad Tanjung selepas 3 bulan tidak berjumpa. Kami pergi bersarapan bersama sama. Kami dihidangkan nasi berlauk dan air suam. Almaklum lah, berjimat kan?
Setelah selesai, kami berjalan selangkah dua untuk pergi ke kedai seberang membeli kad sim. Kedua-dua sim berharga 295 baht. 1 sim diberikan kepada perempuan dan satu lagi sim diberikan kepada lelaki. Kemudian itu, kami pulang ke van. Destinasi seterusnya ialah lawatan ke Prince of Songkhla University. Lawatan ini sepatutnya bersama Dr. Asman Taeali. Namun beliau berada di Brunei pada ketika itu. Kami hanya mengambil gambar kawasana sebagai kenang kenangan.
Destinasi seterusnya adalah membeli alat tulis untuk 50 orang anak yatim. Kami singgah di Tesco berdekatan. Harga keseluruhan ialah 963 baht. Seterusnya, kami dibawa ke Restaurant Coco. Disana, kami tidak makan 😂 kerana tarikan sebenar adalah pemandangannya. Lagipun, kami tidak berasa lapar dan boleh untuk kami jimat perbelanjaan kami.
Setelah selesai, kami dibawa pulang ke Nad Tanjung. Itulah destinasi yang kami nantikan. Sesampai sahaja di homestay kami mengemas barang dan bersolat bagi yang belum bersolat. Pukul 6 petang, kami singgah di pasar malam untuk membeli makan malam. Terdapat pelbagai juadah yang menyelerakan. Antara yang menarik perhatian ialah roti john, murtabak, dan sate kambing. Akhirnya nasi lauk kari daging telah memikat hati kami. Kami membeli 6 bungkus sekaligus dan jadikan juadah tersebut sebagai menu makan malam.
Setelah makan malam, kami bersiap sedia untuk memulakan mesyuarat bersama AJK Kampung Nad Tanjung. Mesyuarat dimulakan dengan sesi Taaruf dan alhamdulillah, segala perbincangan dapat diselesaikan dengan baik dan tanpa kesulitan. Setelah mesyuarat, kami terus laksankan OG dan tidur.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy.
Post a Comment