Hari ini merupakan hari terakhir induksi dan merupakan hari kami, ahli kumpulan Misi Jelajah Patani (MIMPI) 2019 Akan bertolak ke Thailand. Ekin rasa berdebar sangat, cemas dan takut tetapi kebanyakkannya, teruja keraja akhirnya masa telah tiba untuk Ekin bertolak ke destinasi bersama dengan ahli kumpulan. Hari ini bermula dengan bangun awal pada waktu subuh, tetapi kerana Ekin tidur lambat dek kerana mengemas berangan untuk ke Patani menyebabkan Ekin terlajak tidur dan terbangun lambat. Oleh sebab kelewatan tersebut, Ekin sampai ke masjid Unisel agak lambat.
Slot pagi dimulakan dengan Cik Izwan Suhandak atau lebih dikenali dengan CikSu, yang memastikan misi Patani ini berjaya. Pada pagi itu, Kami dikehendaki menghantar Surat wasiat yang Kami tulis semalam. Kami mulakan slot pagi bersama Ciksu dengan bacaan Bismillah dan sedikit pembuka kata, kemudian taklimat daripada beliau. Kami dikehendaki duduk dalam bentuk bulat agar Kami berhadapan dengan semua ahli yang lain. Seterusnya, Ciksu mengarahkan kami untuk membaca Surat wasiat masing-masing di khalayak ahli yang lain.
Setelah masing-masing telah membaca Surat wasiat mereka, Kami ditinggalkan separuh hari untuk menyiapkan sebarang kerja yang masih tertangguh. Kami mempunyai dalam masa beberapa jam lagi until menyiapkan tugas Kami sebelum bertolak pada pada jam 5.30 petang. Ekin dan Amiera membantu Rajan kami, Syakilla dalam menyiapkan Modul BM untuk kanak-kanak yatim di Nad Tanjung.
Modul BM akhirnya disiapkan sebelum Kami bertolak ke TBS dengan menaiki van yang dibawa oleh staf Unisel. Kami secara total 6 orang pada hari ini tiba di TBS pada sekitar 7.15 petang. Sesudahnya Kami tiba di TBS, kami terus mencari tempat untuk berehat dan makan malam bersama. Kemudiannya, Kami berpisah sementara untuk menunaikan solat maghrib dan Isya'. Sekitar pukul 9, semua ahli misi Patani berjumpa untuk mengadakan sesi perbincangan. Dalam perbincangan tersebut, Kami membincangkan tentang pertukaran duit Malaysia ringgit kepada Thailand Bahts. Kemudian,Kami sambung dengan perbincangan mengenai dosa-dosa besar,kesan, dan juga pesan. Selain itu, Kami juga membincangkan tentang target zikir berapa Yang telah Kami capai dalam hari ini.
Akhirnya pada pada pukul 10.40 Malam,Kami bersama-sama bergerak menuju ke bas kami untuk ke Hatyai,Thailand. Kami menunggu di pintu 17 dan pada pukul 11.20, Kami menaiki bas Alisan yang membaca Kami ke Hatyai.
Noor Asshikin Bt Abdul Zaid, selaku AJK Aktiviti Misi Jelajah Patani (MIMPI) 2019.
Post a Comment