Harini, bermulanya permulaan perjalanan kami yang sebetulnya selepas induksi berakhir pada hari yang sama. Dalam induksi harini kami didatangi Dr. Ahmad Zaki Bin Abdul Latif, Pengarah Pusat Islam Unisel & Timbalan Nazir Masjid Unisel untuk memberi ceramah selanjutnya tentang misi sukarelawan untuk menguatkan lagi semangat kami untuk meneruskan dan persiapan kami dari segi harmoni dan jasmani misi ini. 



Setelah usai dengan slot ceramah, kami ditugaskan untuk menyiapkan dokumen perjalanan bg yang belum siap, menyiapkan segala persiapan untuk kegunaan semasa kami di Thailand seperti modul pembelajaran, cenderamata penghargaan untuk unversiti-universiti, ketua kampung dan wakil pengiring semasa disana nnti. 

Kami bertolak dari Unisel kampus Bestari Jaya jam 5:30 petang dan tiba di TBS lebih kurang jam 7:10 petang. Setibanya kami di TBS, kami bersiap untuk berbuka puasa dan menunaikan solat di surau berdekatan. Bas kami akan bertolak dalam jam 11 malam ini. Doakan perjalanan kami berjalan dengan selamat. 



Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019. 

Post a Comment

Previous Post Next Post