Program pada hari ini kesemuanya melibatkan kanak-kanak dan pendidikan. Pagi ini, Kami diiringi oleh pelajar PNU untuk menghadiri Majlis Kanak-kanak Tadika di Dewan PNU. Disana mereka mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Disana, terdapat ramai kanak-kanak tadika Islamic berjubah biru datang bersama-sama dengan ibu bapa mereka. 

     Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak tersebut ialah, Majlis penganugerahan hadiah kepada kanak-kanak, saguhati kepada ibu bapa, dan hadiah cabutan bertuah. Malahan,Salah seorang daripada ahli kumpulan kami iaitu Sharipah telah memenangi hadiah cabutan bertuah. 

   Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak berakhir pada waktu tengah hari, selepas itu kami diajak untuk makan tengah hari bersama-sama dengan pelajar-pelajar PNU, kanak-kanak tadika, ibu bapa dan guru-guru tadika PNU. 

    Untuk solat Zuhur, Kami berhenti sebentar di Masjid PNU sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya di Markaz Kanak-kanak Yatim Nad Alkhair. Disana kami mulakan aktiviti dengan sesi taaruf bersama penyelia dan guru-guru rumah kanak-kanak yatim tersebut.  

     Pada petang itu, kami melaksanakan sesi pembelajaran Math yang diketuai oleh Salah seorang ahli kami iaitu, Farhana Marini. Selain pembelajaran, kami juga mengadakan sedikit permainan berdasarkan Math. Aktiviti Kami pada hari ini berakhir selepas Asar.

Post a Comment

Previous Post Next Post