Pada hari keempat misi, seperti biasa kami akan membaca al mathurat dan membuat kulsam iaitu kuliah satu minit. Amalan pembacaan al mathurat sangat penting untuk diamalkan bagi memenuhi sunnah Nabi yang sentiasa membaca mathurat pada waktu pagi dan petang, boleh juga dibacakan pada waktu malam cuma ia lebih digalakkan pada waktu siang



Setelah itu, kami menunggu pengiring kami iaitu Ustaz Usman untuk mengagihkan barang bantuan keluarga dan menunjukkan rumah-rumah yang terpilih. Apa yang terkesan di sini, ialah agihan barang ini melibatkan komunikasi antara satu sama lain dimana ia mempunyai silaturahim yang erat. Dalam misi memberikan bantuan makanan, kita akan rasa simpat dan empati. Siapa yang tidak berasa kasihan dengan orang yang kurang mampu atau uzur. Program agihan makanan ini juga dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan silaturahim yang baik dengan penduduk thailand. Tetapi,  kami hanya mengagihkan beberapa bekalan dahulu kerana senarai nama belum dikenal pasti lagi. Jadi kami akan meneruskannya pada waktu petang selepas zuhur.

Selepas itu, kami pulang ke rumah dan terus bersama-sama membersihkan bilik kuliah bagi memastikan keadaan persekitaran belajar bersih dan kemas serta terjaga. Sukarelawan mestilah sentiasa bersedia apa jua keadaan dalam menolong apa yang perlu. Membantu ini sebenarnya adalah suatu titik permulaan dalam kecapi suatu kebahagiaan.

Selepas zuhur, kami mengagihkan semula bekalan makanan kepada orang kampung bersama rombongan - rombongan yang lain. Sewaktu memberi makanan itu, kadang aku berasa tersedu melihat rumah mereka, suasana mereka dan persekitaran sekeliling mereka. Kita yang mempunyai rumah yang serba lengkap ini pun masih tidak memahami apa erti syukur yang sebenar. Sebab itu, kita lebih digalakkkan untuk melibatkan diri dalam komiti dan komuniti supaya kita sendiri dapat mengetahui kisah selit suka duka setiap masyarakat. Di antaranya ada yang susah , yang lebih berat ujiannya berbanding kita.
Pengalaman mengajarkan kita untuk lebih dewasa.



Akhirnya , selepas asar kami dipelawa oleh orang kampung untuk menaiki perahu di sungai Nad Tajung , kampung itu sendiri. Aku dan kawan-kawan yang lain sangat terharu dan berterima kasih pada tok penghulu Nad Tanjung , Encik Kamaruddin yang sudi menerima kehadiran kami , melayan kami dengan baik malah mempelawa utnik menaiki perahu. Di sini, kita nak selitkan erti bersyukur juga serta nilai menghargai. Hargailah dan hormatilah sebagaimana dia menghargai dan hormati kita. Jangan jadi seperti ' kacang lupakan kulit ' yang tidak mengingati jasa, ingat ketika perlu, hilang ketika bersenang - lenang.

Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.

Post a Comment

Previous Post Next Post