Macam biasa,bangun pagi pada hari jumaat yang sejuk,awal bangun hari ini,makan sahur untuk hari tarwiyah.walaupun sudah jemu tetapi mengelak  dari mendapat gastrik ,saya makan dengan akur. Saya bersama sahabat misi seperti biasa menunaikan solat subuh di surau Aur. Alhamdulilah!!!!  saya tidak menjadi imam kerana setiap jumaat akan membaca surah As-Sajadah,panjang sungguh . Selepas  sahaja solat,oleh kerana jarang solat subuh berjemaah  di  masjid atau surau,mereka mengatakan ini ajaran sesat padahal mereka tidak mengambil tahu akan pembacaan surah ini pada hari jumaat

Pada pukul 8, abe Mat datang ke tempat penginapan kami untuk membimbing kami dalam peberian pek makanan ke keluarga asnaf dan fakir miskin.Fikry selaku pengarah misi ini membuat panggilan ke Ustaz Osman   kerana senarai keluarga penerima bantuan ada pada beliau.kami menghantar pek makanan tersebut kepada rumah yang berdekatan dengan tempat penginapan kami dan rumah yang telah dikenalpasti oleh Abe Mat akan status ekonomi mereka.

Selepas solat jumaat,kami dihadiri oleh anak Abe Mat,Usman dan kawan –kawannya Roslan dan Mad. Mereka sebagai wakil Persatuan Pemuda Nad Tanjung ,mempelawa kami untuk membuat persembahan pada hari isnin malam selasa ,FIkry dengan sepantas kilatnya mengatakan bahawa persembahan boleh dijalankan dan mengambil keputusan untuk meletakkan nama saya tanpa bertanya akan pendapat saya dan anggota misi yang lain. Hal ini demikian membuatkan saya marah dan sakit hati  kerana Fikry telah membuat janji atas orang lain mengatakan bahawa saya boleh menyanyi lagu nasyid. Walaupun saya mempunyai kebolehan untuk menyanyi tetapi Fikry tidak sepatutnya membuat keputusan kerburu-buru sebelum berbincang secara adil dan mendapat persetujuan anggota Misi jelajah patani.

Lalu Ustaz Osman pun tiba di  tampat penginapan ,untuk menunjukkan  jalan ke rumah-rumah asnaf tersebut,  Satu demi satu rumah yang kami datang menghulurkan bantuan,semakin berat hati melihat keadaan mereka yang hidup dalam kemiskinan tidak mempunyai kipas ,mempunyai rumah yang kecil dan bumbung yang berlubang . Dengan rasa sayu dan sedih,saya memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana memberi nikmat keselesaan pada diri sendiri.

Selepas menghantar pek makanan,kami diundang oleh  penghulu untuk menaiki sampan mengharuni sungai bersama Abe Ghazali dan Ariffin. Sememangnya,sungai itu  sedalam sekurangnya 8 meter kedalaman,sememang saya agak risau kerana saya tidak boleh berenang. Selepas menaiki sampan tersebut,jantung mula berdebar kerana sampan ini mempunyai lubang.selepas bergerak sampan tersebut , saya mula tenang melihat keadaan sekeliling yang indah bak khabar.

Post a Comment

Previous Post Next Post