Misi sukarelawan
adalah satu bentuk latihan kepimpinan untuk pelajar. Misi ini menekankan
tentang penggunaan masa. Setiap orang menyertai pasti tak cukup tidur dan
selalu dalam keadaan terkejar-kejar. Stiuasi ini seperti suasana perang, tidak
boleh berasa senang dan tenang kerana apabila kita leka, musuh akan menyerang.
Setiap peserta
akan bangun seawal jam 4 pagi untuk qiamullail dan solat Subuh berjemaah di
masjid. Setelah itu akan membaca al-ma’thurat (doa pagi dan petang). Seterusnya
tilawah dan tadabbur al-Quran. Peserta juga akan menjalani tazkirah berantai,
satu tajuk akan diberikan oleh moderator dan pelbagai bentuk soalan diajukan
untuk memberi latihan komunikasi, berhujah, mengkritik dan memberikan pendapat.
Setiap peserta akan diberi ruang 30 saat untuk bercakap. Latihan ini juga
melatih peserta menjadi pendengar yang baik (good listener), memberi perhatian
ketika orang lain bercakap dan tidak bercakap ketika orang lain bercakap.
Peserta akan
dilatih untuk solat berjemaah untuk setiap 5 waktu. Sunnah yang dianjurkan
adalah solat di tempat azan diazakan, solat awal waktu, solat berjemaah.
Diakhir malam
selepas solat Isya’, peserta akan mengikuti latihan ‘post-mortem’. Ruang ini adalah sesi muhasabah diri dengan melaporkan
zikir, dosa besar, kesan dan pesan. Setiap peserta akan diminta untuk memilih
satu zikir dan tahu maksudnya supaya semakin banyak kita ingat Allah, semakin
hati kita suci. Zikir mesti dilapor dalam bentuk jumlah harian, jumlah
terkumpul dan baki zikir. Dosa besar pula ialah kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh sukarelawan. Kesalahan-kesalahan ini mesti dielakkan antaranya,
solat sendirian, makan sendirian, tidak berfikir, gelak terbahak-bahak dan
banyak lagi. Kesan pula ialah situasi yang terkesan oleh hati. Manakala pesan
pula ialah pesanan kepada diri dan kepada ahli kumpulan.
Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan
aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019
sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE
VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan
Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual
dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment