Bangun pagi,Mandi dengan cepat dan terus menuju ke surau dengan niat untuk azan Subuh. Sesudah sampai ke surau,dengan tercungap-cungap saya menarik nafas Dan mengambil wuduk. Saya dengan rasa penat melaungkan azan Subuh dengan berhati-hati kerana sudah sudah lama tidak melaungkan azan. Sesudah solat Subuh,saya pulang  dan membuat apa yang perlu sebelum pergi menunaikan solat sunat aidiladha di surau aur.

Selepas sampai Dan solat sunat aidiladha,saya keluar Dan kelihatan ramai budak berkumpul di sebuah tempat,rupanya disitu mempunyai aiskrim yang sejuk lagi berkrim. Saya turut beratur untuk menikmati aiskrim.semasa beratur,abe mat mengajak kami untuk makan sarapan di rumah jiran,kami dengan Rasa lapar pergi Dan menikmati juadah yang disediakan.

Selepas habis makan,kami pergi ke hujung kampung untuk melihat penyembelihan lembu korban.dengan Rasa ingin tahu saya melihat dengan lebih dekat. Saya melihat bahawa Cara mereka menyembelih korban agak keras Dan kasar berbanding di Malaysia.keadaan ini menjadikan saya kasihan akan lembu tersebut kerana menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan cemas Dan tidak tentetam.

Post a Comment

Previous Post Next Post