Bangun pagi Hari tahyir,makan nasi goreng kering dengan keropok.Allah,nikmatnya Hari ini,berpuasa Hari tasyrik,saya berlari sungguh kencang untuk melaungkan azan di surau aur.5 saat sebelum sampai,azan telah dilaungkan,tidakkkk!!!!!! niat tidak kesampaian. Saya solat Subuh berjemaah dengan orang kampung dengan rasa mengantuk lagi sayu.
Selepas balik,saya disuruh untuk membawa barangan modul mengajar subjek bahasa melayu Dan bahasa inggeris ke tadika sebelah surau aur,banggunan yang mengikuti Fikry selangkah ketua misi mengatakan bahawa banggunan itu daif dan kelihatan usang,merupakan tadika atau dikatakan kelas tambahan Pada Hari sabtu ahad
Pagi itu dihiasi dengan senyuman adik-adik yang ceria membuatkan saya teruja tetapi hajat tidak kesampaian,saya disuruh lagi oleh Fikry untuk membeli gula-gula untuk hadiah kepada adik-adik yang hadir memeriahkan aktiviti ini. sesudah saya membeli gula-gula tersebut,dengan pastas fikry mengatakan Pada saya "kau pergi buat travelog kau sekarang,aku nak bende tu siap sebelum kitaorang balik".Saya Rasa tersinggung kerana Fikry menyuruh saya membuat travelog dengan nada seolah-olah menghalau saya dari situ. Saya balik dengan Rasa hina,membuat travelog dengan hari yang marah dan tidak tenang.
Pada pukul 11,mereka pulang Dan saya masih tidak siap menulis travelog. Fikry mengatakan bahawa saya Dan Amin yang belum menyiapkan travelog perlu di Dam. Sistem dam untuk Sukarelawan ini di perkenalkan oleh Cik Izwan yang mengatakan ini untuk meningkatkan disiplin Sukarelawan untuk menjalankan tugas dengan meletakkan jumlah 10 ringgit. Selepas mendengar pernyataan Cik Izwan,saya rasa terbakar dalam hati kerana beliau mengatakan bahawa duit dam itu tidak boleh dikembalikan,Dan mengatakan bahawa duit tersebut untuk kegunaan persatuan. Saya mula menarik muka mendengar perkarà yang tidak masuk akal, sesungguhnya hati rasa terbakar Dan sakit seolah di tarik
Post a Comment