Misi kurban diteruskan dengan penyembelihan seekor lembu yang telah dibeli daripada hasil kutipan duit daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan sudi untuk memberi sumbangan ikhlas buat anak-anak yatim dan penduduk di Nad Tanjung. Aku menyaksikan sendiri aksi penyembelihan lembu itu berlaku, walaupun ini bukan pertama kali aku menyaksikannya, tetapi kaedah yang digunakan untuk menumbangkan lembu tersebut sangat bertenaga dan mengagumkan. Meskipun caranga kelihatan sedikit kasar pada pandangan manusia, namun begitulah cara mudah dan sangat praktikal untuk digunakan. Selesai sahaja pembahagian bahagian daging tersebut, kami meletakkan poster nama yang mengambil bahagian dalam kurban ini supaya dapat diketahui oleh si pemilik nama.
Pada soreh hari, kami bertungkus lumus dalam menyiapkan jamuan makan kecil-kecilan buat penduduk kampung yang teringin merasa air tangan orang Malaysia daripada UNISEL. Daging kurban yang kami peroleh tadi dipotong dan diperap dengan ramuannya yang tersendiri, resepi olahan daripada Kak Sharipah, salah seorang aktivis MIMPI. Dalam masa yang sama kami harus persiapkan diri untuk membuat satu persembahan di malam harinya nanti. Aku berasa sedikit gementar kerana pasti ramai penduduk kampung yang akan hadir bagi menyaksikan kewujudan kami di tanah air mereka. Walaupun itu cuma perasaan aku buat pertama kali di sini, ia tetap bermain-main di fikiranku.
Aku tergamam apabila melihat suasana pementasan yang akan kami gunakan bagi mempersembahkan satu persembahan nasyid mengikut pilihan kami sendiri, Rasulullah bagi pihak perempuan dan Iman Mutiara bagi pihak lelaki. Biasalah jika berhadapan dengan semua orang pasti akan rasa gugup namun segala halangan di atas pentas berjaya kami harungi dengan jayanya, walaupun rasa sedikit kecewa itu hadir tapi rasa bersyukur dapat lakukan yang terbaik.
Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.
Post a Comment