Sembelihan korban di Nad Tanjung agak berbeza. Orang kampung tak korek tanah untuk tadah darah lembu. Lembu diikat pada pokok kelapa dan dibaringkan. Darah lembu akan menjadi bagi pokok kelapa. Lembu-lembu yang lain boleh melihat dengan jelas penyembelihan menyebabkan lembu lain berlari kegelisahan ke kanan dan ke kiri. Siat kulit lembu juga dibuat di situ juga. Ini mengakibatkan lembu semakin ketakutan dan tak tentu arah. Aku cuba mendekati untuk menenangkan lembu, hampir saja aku ditanduk dan aku melompat ke belakang menyelamatkan diri.

Beberapa kali aku cuba mengusap kepala lembu, akhirnya berjaya. Lembu itu memang kelihatan tak tenang. Bagi yang nak melakukan korban di Nad Tanjung, boleh beli bahagian lembu atau seekor lembu. 1 bahagian lembu berharga RM 700.00. Manakala, seekor lembu berharga RM4900.00. Harga di sini lebih kurang harga di Malaysia. 

Kanak-kanak Kampung Nad Tanjung lincah bermain bola sepak. Pantas berlari, menggelecek bola dan menepis bola. Mereka sepatutnya mewakili Pattani dalam perlawanan peringkat negeri. Anak Abe Mat juga merupakan salah seorang yang terpilih sebagai penjaga gol mewakili Pattani. Dia akan bermain di Bangkok pada 15 Ogos 2019.

Kali ini, tim MIMPI menyediakan jamuan makan malam bagi orang Kampung Nad Tanjung. Turut hadir 6 orang anak murid yang pernah hadir bengkel Matematik dan Bahasa Inggeris. Tok ketua turut hadir, Poksu Daree, Abe Mat, Abe Ahmad (adik Ustaz Usman), cikgu Thai, Abe Man yang bawa buah rambutan dan 2 orang yang belum sempat berkenalan. Orang kampung tidak ramai yang hadir kerana sudah kekenyangan, dari pagi hingga petang hanya makan daging korban. Jamuan yang disediakan tim MIMPI juga adalah daging korban yang dibakar, cicah dengan sambal kicap yang dibuat oleh Syaripah. Rasa pedas sampai lidah boleh kebas, hilang deria rasa.

Aku, Fikry dan Ahmad menyanyikan nasyid kumpulan Raihan, tajuk Iman Mutiara di majlis Aidil Adha anjuran Tanyong Syabab di Kampung Nad Tanjung. Aku sangkakan hanya persembahan untuk sebilangan penduduk sahaja, tetapi kampung-kampung  berdekatan turut hadir. Sehari sebelum majlis ini, kami turut menyertai konvoi Tanyong Shabab ronda beberapa kampung untuk jemput ke majlis. Aku naik beca yang dipandu oleh Ahmad. Turut bersama, Usman (anak Abe Mat), Ahmad (peniaga air Kachica Relax, 'ice blended') dan Fikry. Saat aku menyanyikan rangkap pertama, mikrofon buat hal, kejap ada, kejap tak keluar bunyi. Nasib aku baik sebab Ahmad tolong 'cover'. Ada seorang pak cik dari Langkawi tegur selepas kami buat persembahan, katanya suara tak dengar jelas. Aku sedar suara aku agak perlahan. Abang aku juga pesan bila bercakap kena kuatkan suara, bukan tiada adab, tetapi supaya sampai apa yang disebutkan.


Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post