Alunan takbir bergema di pagi hari, pada pagi itu, kami bersiap sedia untuk ke surau ahol untun solat subuh tetapi kami terlajak tidur dan solat subuh di rumah. Setelah itu, kami bersarapan di rumah Encik Ahmad Abdul Rahman. Mereka menyediakan nasi, sup daging, petai dan ayam kari. Bersarapan sekali makan tengahari. Nasib ada ayam, kerana saya ada masalah mual terhadap daging, jadi saya tidak boleh makan daging. Jika ada rezeki selain daging , itu sudah cukup membuat saya bersyukur. Layanan yang diberikan sungguh mesra dan sangat prihatin. Asyik menyuruh kami menambah-nambah makan.
Selepas itu, kami bergerak ke tempat korban untuk melihat lembu yang dikorbankan dan selesaikan laporan bergambar bagi yang mempunyai nama dalam korban. Tetapi, cara di sini agak berlainan kerana mereka menyembelih lembu di depan semua lembu. Hal ini sepatutnya tidak wajar dilakukan. Ia boleh menyukarkan pergerakan sembelihan lembu yang lain kerana takut dan cemas. Selain itu, mereka juga bertindak sedikit kasar terhadap lembu. Lembu seharusnya tidak dilayan seperti itu, takut ada luka atau cedera yang mengakibatkan syarat sah sembelihan terbatal.
Pada pukul 11.00 , kami dijemput oleh abe ding untuk makan tengahari di rumahnya. Apakan daya, tidak elok jika kita menolak jemputan dari orang kampung. Abe ding juga sediakan sup daging, somtam , daging masak merah, dan daging cincang berlada. Pada masa itu, aku sangat lapar dan menahan perut. Tetapi aku masih redha. Jika ada rezeki , maka adalah. Allah tu Maha Kaya, bila-bila masa sahaja dia boleh beri dan tarik.
Selepas pulang dari rumah abe ding,
kami berehat sebentar dan terus menyiapkan kerja masing- masing di mana kita semua harus mengemas rumah dan beg pakaian kerana hari ini adalah hari yang terakhir kami di nad tanjung. Kami juga ada membuat sedikit makan-makan untum orang kampung ,iaitu daging bbq , ada yang masak nasi, ada yang kemas pinggan , tak lupa kak sha sebagai tukang masak yang setia.
Pada malam pula , kami bersiap- siap untuk menyediakan makanan di belakang rumah dan menyambut mereka semua. Setelah itu, kami terus mengemas dan bersiap untuk ke Pertandingan Nasyid kerana dijemput untuk membuat persembahan lagu nasyid sebagai penutup bagi kami.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.
Post a Comment