Hari Raya Aidil Adha kedua, dan sebagaimana kami semua  semalam  dijemput beraya  dirumah  penduduk tempatan kampung Nad Tanjung, Encik Ahmad Abdul Rahman seawall selepas Subuh  mengajak kami menjamah nasi  di rumah beliau,Dan lauk yang dihidangkan semestinya daging yang dikorbankan semalam



   pada hari ini ialah persembelihan daging qurban kami seekor lembu yang disumbangkankan oleh tujuh orang rakyat Malaysia; Muhammad Fikry b Abd Hamid, Nurul Syakilla bt Anuar, Ahmad Hydhar b Sabri, Siti Nor Bahya bt Samiaun, Zabri b Kamarudin, Siti Aimuni bt Zabri, dan Noor Asshikin bt Abdul Zaid.



     Waktu zohor telah tiba,saya pula disuruh azan kerana mereka  sudah mula mendengar laungan azan saya. Selesai solat Zuhur, Kami diajak makan dirumah Abe Ding. Disana kami dijamu makanan masakan Patani oleh keluarga Abe Ding. Antara makanan yang dihidangkan ialah Somtam, sup daging Qurban lembu yang penuh dengan serai  dan juga padkrapao  iaitu daging kisir dimakan dengan nasi ataupun pulut



   Rezeki Allah ternyata luas,kami  dijemput semula  untuk makan satay daging Qurban dirumah Encik Ahmad Abdul Rahman, sememangnya  perut saya dipenuhi dengan daging ,Allahuakbar . Tidak berapa lama selepas itu, Kami pulang ke tempat penginapan sementara kami untuk mengenai dan mempersiapkan daging Qurban untuk dibakar, daging tersebut dimasak untuk jamuan penduduk kampung Nad Tanjung selepas maghrib nanti. Saya ditugaskan untuk menghidupkan api untuk membakar daging qurban.sesungguhnya saya lupa Cara bagaimana untuk menghidupkan api,memalukan betul lelaki,dikatakan lelaki kampung tidak boleh nak menyalakan api yang kecil. Dengan pertolongan Sharipah, api dinyalakan dengan hangat Dan diletakkan arang sehingga menyala. Dengan perletakan daging Qurban yang pertama,bau saus perapan daging tersebut naik ke  hiding hingga menusuk otak.orang kampung datang Dan merasa daging tersebut,mereka berkata aroi bermaksud sedap dengan said cicah yang pedas dirasakan  sampai ke telinga.


    Selepas isyak ,dengan perasaan berdebar ,Kami dijemput pula untuk ke pentas yang dibina sendiri oleh persatuan permuda kampung bad tanjong. Disana kami melihat persembahan nasyid oleh kanak-kanak tadika menyayikan lagu deen assalam. Bukan itu sahaja, Kami juga dikehendaki membuatkan persembahan Pada pukul 9:30. Kami bagi pihak lelaki membawa lagu Iman Mutiara nukilan raihan. Kami menaiki pentas yang terang lagi bersuluh,ditatap oleh seluruh kampung nad tanjung dan serta mukim yang berdekatan 
Dengan Rasa gementar,Amin Dan fikry menyanyi lagu tersebut seperti bercakap Dan bukan menyanyi. Amin berirama seperti bercakap di sebuah pengumuman Dan fikry berbunyi seperti malas hendak membuat apa apa tetapi terpaksa. Redha sahaja saya menyanyi bersama mereka
Kami mengakhiri  malam tersebut dengan postmortem Dan kembara mimpi


   

Post a Comment

Previous Post Next Post