Pada harini ini, aktiviti kami adalah melawat beberapa kawasan Universiti di fakulti-fakulti. Mulanya , kami sepatutnya mula jam 8 untuk bergerak ke Akademik Islam, tetapi pelajar PNU ada sedikit urusan ,jadi ia bermula lambat daripada wakti yang dirancang.
Pada pukul 9.30 pagi, tiba Van PNU untuk membawa kami ke fakulti. Kami mula melawat ke Fakulti Liberal And Art. Kami diiringi oleh Dr.Hisyam Beliau menceritakan tentang sejarah peta patani. Di mana peta ini mempunyai 4 wilayah yang utama iaitu Yala, Narathiwat, Patani dan Songkla. Thailand sangat hampir dengan negeri Kelantan.
Sejarah Masjid Telok Manoh adalah masjid yang tertua Thailand di Narathiiwat. Berdirilah sebuah masjid dengan bahan baku kayu yang sudah berumur lebih dari 300 tahun. Masjid itu disebut dengan masjid “Telok Manok” atau juga dikenal dengan nama masjid “Taloh Manoh”. Di Masjid Telok Manok terdapat sebuah sungai dengan air yang sangat jernih dan konon digunakan sebagai tempat berwudhu oleh jamaah Al-Hussein pada zaman dahulu. Hingga kini, masjid Telok Manok masih difungsikan dengan baik sebagai tempat ibadah meskipun usianya sudah sangat tua.
Selain itu, apa yang dipelajari ialah tentang pertandingan perahu di mana raja akan hadir setiap tahun untuk menyambutnya. Raja dan rakyat datang setiap tahun untuk menyaksikan pertandingan perahu. Di samping itu, sekolah-sekolah lama yang ada di Narathiwat sudah termasyur. Sekolahnya lebih kepada kemahiran dan vokasional.
Nama lama university of narathiwat
korlae boat. Ia mempunyai 3 bahagian iaitu kepala atau digelar palo, tengah iaitu terngoh dan pungong. Semua ini menjadi simbol yang orang lain takkan pernah jumpa. Yang paling menarik ialah tentang daun emas. Dunnya biasa tetapi bila dilihat secara jelas, sungguh cantik warnanya. Ia juga merupakan simbol. Pokoknya tiada di tempat lain kerana hanya ada di Narathiwat.
Kebolehan teknik vokasional
ahli pentadbiran itu adalah daripada teknik vokasional. Tambahan , jika kita perasan kenapa ada gambar org yg sama dalam setiap sejarah yang berbeza. Itulah perbezaan sistem di Thailand. Mereka lebih kepada menghargai seseorang sehingga menonjolkan gambar- gambar seseorang dalam setiap sejarah.
Akhir sekali, nak diceritakan pada harini ini, kami membuat kulsam sebanyak 5 kali yang mempunyai tajuk yang sangat berkait rapat. Antaranya , ilmu, ukhwah, iman kerohanian dan tujuan hidup Kesimpulannya, ilmu yang kita belajar mampu menjadikan kita seorang yang berguna kepada masyarakat , agama dan negara. Hal ini berkait pula dengan ukhwah. Ada ilmu kita sampaikan iaitu kita mengajar dan diajar serta belajar. Iman kita boleh bertambah jika kita belajar dan kejar Ilmu Allah. Itulah antara tujuan hidup kita iaitu menuntut ilmu hingga mencapai kebahagiaan dunia akhirat.
Post a Comment