Pada 17 Ogos 2019 iaitu sudah 12 hari di Thailand dan hari ke 7 di Narathiwat. Tetapi pagi ini, terasa lesu, mungkin terlalu penat dengan aktiviti semalam sehinggakan semua tidak tersedar untuk qiammulai dan bangun agak lambat.

Pada pagi itu , aku dan sahabat-sahabat perjuangan naik van yang disediakan oleh PNU ke Masjid Kyarriyah untuk sesi mengemas dan membuat aktiviti bersama anak-anak murid kerana terdapat juga tadika di sana.

Menjelang petang selepas zuhur, kami ke Budo Sungai Padi National Park untuk bergotong royong sambil makan untuk tengahari. Mereka yang membelikan makanan tengahari, mereka juga yang memberi buah rambutan , manggis dan durian. Aku dan kawan-kawan yang lain terharu dengan pelajar-pelajar PNU. Mereka sangat baik dan mengambil berat tentang keadaan kami. Makanan sampai dibeli lebih. Tetapi kalau kita berada di tempat mereka, kita juga akan membuat perkara yang sama.

Nak diceritakan hari ini, aku dan kawan-kawanku dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang sejarah yang ada di Patani. Masjid Wadi Hussein a.k.a 300 Tahun. Wan Hussein (Wadi Hussein) seorang bangsawan berasal dari Pattani. Pada waktu itu, Kerajaan Siam sedang berusaha memecahkan Pattani dan beliau terpaksa berundur sehingga ke Narathiwat, akhirnya terjumpa satu lokasi yang stratergik untuk bertahan. Masjid ini dibina sejak 1044 H. Kawasan masjid ini dikelilingi oleh sungai bagi tujuan food supply dan kegunaan harian, manakala bukit di belakang merupakan 'exit door' sekiranya Wadi Hussein dan orang2nya dikepong.

Struktur Masjid Wadi Hussein sangat sama dengan seni bina Surau Ahol. Masjid ini pada asalnya dibina 100% dari kayu, menggunakan pasak utk menggantikan paku. Jendela dibina sehingga ke paras kaki kerana pada ketika itu kipas belum diperkenalkan dan dapat memudahkan orang didalam untuk melihat sekiranya ada musuh datang atau tidak.

Ia juga dibina atas dua seni
lukisan iaitu Cina dan Melayu. Juga merupakan salah satu tempat yang terkenal untuk industri pelancongan.

Post a Comment

Previous Post Next Post