Setelah berhubung dengan Encik Izwan bagi laporan harian, kami bersarapan di rumah adik Ustaz Usman. Kami dihidangkan dengan ketupat palas, daging gulai dan kuih. Kami diiringi oleh Abe Mat berselawat dan membaca doa sebagai seorang tetamu, semoga rumah yang kami ziarah memperoleh berkat dari Allah SWT sentiasa. Kami menjamu selera bersama. Tetamu berborak antara satu sama lain. Tiada seorang pun memegang telefon bimbit. Masing-masing sangat mesra dan satu suasana indah ini tidak akan aku dapat lupakan sampai bila-bila.
Setelah itu, kami terus ke rumah Abe Ya (Zakaria). Kehadiran kami disambut oleh anak sedara Abe Ya, Suhaida. Kami dihidangkan dengan ketupat palas, rambutan dan daging gulai. Setelah beberapa minit, Abe Ya pun tiba. Beliau menceritakan kepada kami tentang pengalaman beliau ketika di Malaysia. Pada tahun 2002, Abe Ya berada di Klang dan dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi perlawanan antara Malaysia dan Thailand ketika Sukan SEA. Ketika bertanyakan jalan dengan orang sekeliling, beliau tidak diendahkan hanya kerana beliau seorang penyokong Thailand. Sampai suatu ketika, beliau akhirnya ditunjukkan jalan oleh seorang wanita yang kebetulan hendak ke Stadium juga. Abe Ya segera membayarkan tambang untuk wanita tersebut. Abe Ya pesan kepada kami bahawa apa yang kita dengar sepuluh kali tidak sama dengan apa yang kita lihat.
Setelah itu, kami ke rumah Poksu Daree pula. Kebetulan Ustaz Usman juga ada dirumah Poksu. Kami dihidangkan menu yang sama seperti di rumah Abe Ya. Poksu pula menceritakan pengalaman beliau di Malaysia, dimana beliau mengagumi kemodenan Malaysia. Beliau juga berpesan agar hubungan silaturrahim antara kami dan kampung Nad Tanjung tidak terputus sebaik sahaja kami meninggalkan tempat ini. Kami berazam untuk memegang amanat dari Poksu sebaik mungkin dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa melawat Nad Tanjung. Pada petang, kami menyertai anak kepada Abe Mat, Usman dan rakannya Ahmad menaiki motor untuk mengelilingi kampung. Kami menjemput orang sekeliling kampung untuk hadir di Qurban esok.
Setelah itu, aku dijemput oleh Usman untuk pergi ke kedai cetak dan mencetak poster Qurban. Terdapat 8 poster yang dicetak dan kesemuanya berharga 105 baht. Setelah itu kami pulang dan aku meneruskan slot dengan OG dan tidur.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy
Post a Comment