Pada hari kelima misi bersamaan 10 Ogos 2019, seperti biasa kami solat subuh berjemaah dan membaca al mathurat serta kulsam.
Pada pukul 8.00 pagi , kami bergerak ke Tadika Jamiulwustha untuk mengajar anak-anak di sana. Kami mengajar subjek bahasa melayu dan sedikit permainan untuk dimainkan bersama supaya tidak mudah bosan dan mengantuk. Ingin diceritakan di sini, ada beberapa kanak- kanak yang kami telah kami ajar sejak hari ketiga misi iaitu muslimah, fairuz kerana mereka sahaja yang kami kenal ada di dalam tadika itu juga. Yang terkesannya apabila kami mahu pulang, mereka menangis dan tarik tangan kami seolah- olah tidak mahu melepaskan kami. Sedihnya perpisahan Allah sahaja yang tahu.
Habis sahaja slot mengajar di tadika, kami pulang ke rumah dahulu untuk berehat sekejap dan bersiap sedia untuk ke surau ahol bagi kerja pembersihan pula. Kami pergi ke surau ahol pada waktu selepas zuhur. Kami membersihkan surau ahol bersama-sama mengagihkan tempat untuk mengemas. Ahmad mengemas di luar surau , abang amin mengemas kipas , yang perempuan pula, kami mengemas bahagian jemaah perempuan bermula dari almari yang begitu berhabuk sehingga selesema.
Hampir tiba waktu maghrib, kami diajak oleh abe hassan untuk berbuka di rumahnya. Sampai shaja di sana , kami disediakan nasi arab , ayam kari, bubur kacang dan banyak lagi. Murahnya rezeki kami, kalau kita bantu orang ,Allah akan beri ganjaran atau apa yang kita perlukan.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.
Post a Comment